SHANGHAI - Pengorbanan seorang wanita yang bertarung nyawa
melahirkan anak melalui prosedur 'caesarean' bertukar menjadi mimpi ngeri
kerana bayinya berkulit gelap.
Akhbar China Times melaporkan kejadian itu menimpa ibu
berusia 30 tahun di Shanghai, China selepas suaminya tergamak meminta ujian
paterniti ke atas bayi lelaki mereka hanya kerana warna kulitnya yang berbeza.
Wanita itu kemudiannya menggunakan platform media sosial
untuk berkongsi kisah sedih tersebut dan turut meminta nasihat para ibu lain
bagi menangani situasi berkenaan.
"Suami saya hanya merenung dan enggan mendukungnya
ketika dibawa melihat anak kami buat pertama kali. Saya diceraikan sejurus anak
kami dilahirkan," kongsinya.
Wanita itu juga menyatakan warna kulit bayinya agak terlalu
gelap dan berlainan daripada mereka.
"Saya tidak pernah ke Afrika atau mengenali mana-mana
lelaki kulit hitam," tegasnya ketika cuba menjelaskan dia tidak pernah
berlaku curang kepada suaminya.
Warganet yang bersimpati dengan nasib wanita itu turut
menyarankan ujian paterniti untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.
"Ia adalah keadaan biasa bagi bayi baru lahir. Kulit mereka akan berubah mengikut warna ibu bapa tidak lama selepas itu. Ramai bayi baru lahir berkulit sedikit gelap atau kemerah-merahan," kata seorang pengguna media sosial.
Kredit: Kosmo
0 Comments