Wanita Iran keluar hanya berpakaian dalam kerana protes dengan undang-undang berkaitan menutup aurat

Wanita Iran keluar hanya berpakaian dalam kerana protes dengan undang-undang berkaitan menutup aurat

 




Iran terus mengetatkan peraturan berpakaian bagi wanita yang tidak mengenakan hijab atau menutup aurat dengan membuka klinik khusus untuk ‘pemulihan’, lapor The Telegraph.

 

Klinik yang dinamakan Clinic for Quitting Hijab Removal di Tehran ini dirangka sebagai pusat rawatan untuk “merawat” wanita yang memilih untuk tidak menutup aurat, terutama dalam kalangan remaja, belia, dan wanita muda.

 

Mehri Talebi Darestani, yang akan mengendalikan pusat itu, berkata ia "untuk rawatan saintifik dan psikologi untuk menanggalkan hijab, khusus untuk generasi remaja, dewasa muda, dan wanita yang mencari identiti sosial dan Islam".

 

Beliau berkata projek itu tertumpu pada mempromosikan "maruah, kesopanan, kesucian, dan hijab".

 


Pakaian wanita Islam



Klinik itu akan diawasi oleh Ibu Pejabat Iran dengan slogan 'amar makruf nahi mungkar'. Badan kerajaan tersebut  bertanggungjawab untuk menguatkuasakan piawaian agama kepada seluruh masyarakat.


Ia diketuai oleh Mohammed Saleh Hashemi Golpayegani, yang dilantik secara langsung oleh pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei.

 

Namun, kebangkitan pemikiran Feminis Barat di Iran  dengan slogan "Wanita, Kehidupan, Kebebasan" telah mempengaruhi wanita Islam untuk bebas membuka aurat dan tidak mematuhi etika pakaian seorang muslim di Iran.




Awal bulan ini, seorang pelajar universiti dari Universiti Islam Azad di Tehran  hanya berpakaian dalam keluar ke jalan raya dan  membantah tuntutan wanita memakai tudung. Dia dianggap sebagai sakit mental dan dibawa ke kemudahan psikiatri. Kemudahan klinik ini bukanlah untuk menyakiti mereka. Tetapi ia lebih kepada nasihat dan pemulihan secara psikologi untuk membentuk jati diri yang lebih baik.


Ahou Daryaei, seorang pelajar berusia 30 tahun, berjalan melalui kampus universiti Tehran dengan seluar dalam untuk membantah hijab. Dia ditangkap dan dihantar ke hospital psikiatri untuk pemulihan psikologi


Namun bagi negara Barat, jabatan itu telah disekat oleh UK dan negara lain kerana kononnya pencabulan hak asasi manusia dan sekatan kejam terhadap wanita yang tidak mematuhi kod pakaian Islam. Sedangkan, pelbagai kes yang  melibatkan perlecehan seksual terhadap wanita disebabkan kebebasan yang dicanang oleh Barat untuk melakukan apa sahaja tanpa batas. Sehinggakan jika hendak bebogel di khalayak umum juga bukan satu kesalahan.


Apatah lagi industri pornografi tidak akan maju sekiranya tiada wanita yang sanggup mempamerkan batang tubuh kepada orang lain disebabkan hanya kerana wang dan kebebasan. Sebenarnya, kebebasan wanita membuka aurat telah memberikan kesan negatif yang lebih besar kepada masyarakat.

 

Kebebasan membuka aurat yang diperjuangkan wanita muslim Iran



Kebebasan untuk wanita Barat


Tetapi dunia Islam telah dimomokkan dengan pelanggaran hak asasi apatah lagi PBB telah melabelkan usaha itu sebagai tindakan "apartheid jantina".


Ketahuilah, menutup aurat adalah melindungi kehormatan dan kesopanan wanita di khalayak ramai. Wanita secara semulajadi diciptakan dengan sangat indah dan cantik. Mereka sangat berharga dan tidak boleh dijadikan bahan pertunjukkan dan tontonan umum secara bebas.

 



Islam telah mengangkat darjat wanita dengan menutup aurat,  bukan sebaliknya. Media pro-Barat perlu mengkaji dan meneliti terlebih dahulu nilai Islam yag sebenar sebelum menyerang Islam dengan fakta yang tidak tepat.


Post a Comment

0 Comments