Iran terus mengetatkan peraturan berpakaian bagi wanita yang
tidak mengenakan hijab atau menutup aurat dengan membuka klinik khusus untuk
‘pemulihan’, lapor The Telegraph.
Klinik yang dinamakan Clinic for Quitting Hijab Removal di
Tehran ini dirangka sebagai pusat rawatan untuk “merawat” wanita yang memilih
untuk tidak menutup aurat, terutama dalam kalangan remaja, belia, dan wanita
muda.
Mehri Talebi Darestani, yang akan mengendalikan pusat itu,
berkata ia "untuk rawatan saintifik dan psikologi untuk menanggalkan
hijab, khusus untuk generasi remaja, dewasa muda, dan wanita yang mencari
identiti sosial dan Islam".
Beliau berkata projek itu tertumpu pada mempromosikan
"maruah, kesopanan, kesucian, dan hijab".
Pakaian wanita Islam |
Klinik itu akan diawasi oleh Ibu Pejabat Iran dengan slogan
'amar makruf nahi mungkar'. Badan kerajaan tersebut bertanggungjawab untuk menguatkuasakan
piawaian agama kepada seluruh masyarakat.
Ia diketuai oleh Mohammed Saleh Hashemi Golpayegani, yang
dilantik secara langsung oleh pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei.
Namun, kebangkitan pemikiran Feminis Barat di Iran dengan slogan "Wanita, Kehidupan,
Kebebasan" telah mempengaruhi wanita Islam untuk bebas membuka aurat dan
tidak mematuhi etika pakaian seorang muslim di Iran.
Awal bulan ini, seorang pelajar universiti dari Universiti
Islam Azad di Tehran hanya berpakaian
dalam keluar ke jalan raya dan membantah
tuntutan wanita memakai tudung. Dia dianggap sebagai sakit mental dan dibawa ke
kemudahan psikiatri. Kemudahan klinik ini bukanlah untuk menyakiti mereka.
Tetapi ia lebih kepada nasihat dan pemulihan secara psikologi untuk membentuk
jati diri yang lebih baik.
Namun bagi negara Barat, jabatan itu telah disekat oleh UK dan negara lain kerana kononnya pencabulan hak asasi manusia dan sekatan kejam terhadap wanita yang tidak mematuhi kod pakaian Islam. Sedangkan, pelbagai kes yang melibatkan perlecehan seksual terhadap wanita disebabkan kebebasan yang dicanang oleh Barat untuk melakukan apa sahaja tanpa batas. Sehinggakan jika hendak bebogel di khalayak umum juga bukan satu kesalahan.
Apatah lagi industri pornografi tidak akan maju sekiranya
tiada wanita yang sanggup mempamerkan batang tubuh kepada orang lain disebabkan
hanya kerana wang dan kebebasan. Sebenarnya, kebebasan wanita membuka aurat
telah memberikan kesan negatif yang lebih besar kepada masyarakat.
Kebebasan untuk wanita Barat |
Tetapi dunia Islam telah dimomokkan dengan pelanggaran hak
asasi apatah lagi PBB telah melabelkan usaha itu sebagai tindakan
"apartheid jantina".
Ketahuilah, menutup aurat adalah melindungi kehormatan dan
kesopanan wanita di khalayak ramai. Wanita secara semulajadi diciptakan dengan
sangat indah dan cantik. Mereka sangat berharga dan tidak boleh dijadikan bahan
pertunjukkan dan tontonan umum secara bebas.
Islam telah mengangkat darjat wanita dengan menutup aurat, bukan sebaliknya. Media pro-Barat perlu mengkaji dan meneliti terlebih dahulu nilai Islam yag sebenar sebelum menyerang Islam dengan fakta yang tidak tepat.
0 Comments