Gurauan pelakon dan usahawan Wawa Zainal menjadi perhatian
netizen apabila ingin ‘menjual’ suaminya yang juga aktor Aeril Zafrel.
Menerusi video tular di TikTok, Wawa berkata jika ada yang
mahu menjadi isteri kedua Aeril mereka perlu membayar wang berjumlah RM5 juta.
“Dia nak bermadu dengan saya, RM5 juta. Aeril untuk dijual
bernilai RM5 juta, ada? Sekali tengok ada orang kaya yang tua dari luar negara
yang nak beli awak, macam mana tu?” katanya.
Difahamkan, Wawa berkata demikian selepas mendapat komen
daripada netizen yang menyatakan hasrat untuk menjadi isteri kedua suaminya.
Sementara itu, Wawa sempat bertanyakan kepada Aeril adakah
dia bersetuju jika menerima tawaran tersebut. Namun Aeril menyifatkan soalan itu tidak masuk akal.
“Awak rela ke untuk dijual RM5 juta?” soal Wawa.
“Soalan bod*h apa ni?” kata Aeril.
@wawacosmeticsofficial Aeril untuk dijual 😂
♬ Calm Vibes - Relaxing Piano ID
Bagaimanapun, diruangan komen rata-rata netizen menegur Wawa
agar menjaga tutur kata meskipun ianya hanya gurauan kerana bimbang andai
percakapan itu adalah satu doa.
Kredit: Rotikaya
0 Comments