KLUANG – Seorang anak sanggup bertindak luar kawalan menikam
ibu kandungnya sendiri hingga mati di Felda Ayer Hitam, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, wanita berusia
40-an meninggal dunia ditangan anaknya yang berusia 20-an akibat cedera ditikam
pada bahagian pinggang.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa menegur suspek kerana
menghisap vape berperisa dadah dan akibat berang tindakan itu suspek bertindak
mencapai sebilah pisau dan menikam ibunya.
![]() |
Semoga mangsa ditempatkan dalam kalangan orang beriman |
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. dan suspek berjaya ditahan selepas kejadian itu.
Kredit: KOSMO!
0 Comments