Andai Tiada Dia Episod 31 Info dan Sinopsis

Andai Tiada Dia Episod 31 Info dan Sinopsis

     




Ummi Nazeera menjelma dalam gandingan bersama aktor Hisyam Hamid dalam 'Andai Tiada Dia' di slot Megadrama, Astro Ria.



Kisah ini diterjemahkan ke skrin menerusi adaptasi daripada karya novel berjudul sama nukilan Rissa Ahdiya.


'Andai Tiada Dia' terbit sebagai pengganti kepada siri 'Uncle Bos Mama' yang telah selesai bersiaran minggu lalu.


Sinopsis

Drama Andai Tiada Dia mengisahkan tentang sepasang suami isteri, Suri dan Haikal yang selepas tujuh tahun berkongsi hidup, masih belum dikurniakan cahaya mata. Di sebalik  senyuman yang sering terpamer, hati Suri sarat dengan kesedihan dan tekanan daripada keluarga dan masyarakat. Hasratnya untuk menjalani rawatan IVF diutarakan kepada Haikal, namun suaminya tidak mengendahkannya. Bagi Haikal, hidup tanpa anak sudah cukup memadai dan membahagiakannya.


Walaupun begitu, Haikal secara tidak adil meminta Suri mengaku di hadapan keluarganya bahawa dia mandul, sedangkan hakikatnya bukan begitu.


Tonton & join di Telegram untuk potong iklan: klik telegram di bawah


Namun, takdir berubah apabila kematian adik Haikal, Hisyam mengubah segalanya. Bayi kecil berusia empat bulan yang ditinggalkan Hisyam menyentuh hati Suri, lantas membuatkan dia nekad untuk mengambil bayi itu sebagai anak angkat.


Kehadiran Intan, adik Suri yang pada awalnya sekadar menumpang di rumah mereka, perlahan-lahan merobek keharmonian yang dibina. Suri yang sibuk menjaga anak angkatnya dengan penuh kasih sayang, tidak menyedari bahawa di sebalik kesibukannya, Haikal dan Intan mula menjalin hubungan terlarang. Kecurangan yang pada awalnya disembunyikan rapi akhirnya terbongkar, menghancurkan hati Suri. Namun walaupun dikhianati, Suri memilih untuk melepaskan Haikal, membiarkan suaminya pergi demi adiknya sendiri.


Selepas penceraian, nasib membawa satu kejutan – Suri disahkan mengandung. Haikal, yang mengetahui berita itu mula merayu untuk kembali ke sisi Suri. Dalam kekalutan perasaannya, hadir Falah, lelaki yang selama ini tak pernah jauh dari Suri dan selalu ada di saat dia jatuh dan memerlukan. Falah muncul sebagai sinar harapan baru dalam hidup Suri, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Haikal.


Pada pandangan menyeluruh, kisah ini menyelami liku-liku kehidupan sepasang suami isteri yang sedang bergelut dengan dilema besar – harapan untuk memiliki zuriat yang tidak kunjung tiba. Di tengah-tengah tekanan itu, terbit pula konflik terlarang yang lebih merumitkan, apabila hubungan cinta tersembunyi mula terjalin antara adik ipar dan abang ipar, hingga menambah luka di hati si isteri yang sudah pun terluka dengan kekecewaan sebelumnya.


Episod 31






Apa yang menjadikan drama ini lebih daripada sekadar kisah rumah tangga adalah unsur Syariah yang diterapkan – hubungan antara bukan mahram, proses rawatan IVF dan juga tempoh iddah. Setiap elemen ini disampaikan dengan tujuan memberi penonton ilmu dan panduan dalam menjalani kehidupan yang seiring dengan ajaran agama. Pengajaran di sebalik pengkhianatan dan ketabahan seorang wanita dalam menghadapi dugaan perkahwinan bakal menjadi inspirasi buat semua yang menontonnya.


Tonton & join di Telegram untuk potong iklan:


Pelakon / Cast

Menerajui drama ini adalah empat pelakon unggul dunia drama Melayu, iaitu Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Mimi Lana dan Zahiril Adzim, yang memegang watak utama. Membawa watak-watak sampingan yang menyokong perjalanan siri ini ialah Mia Nasir, Kodi Rasheed, Auni Yusri, Shamsul Ghau Ghau, Riz Amin, Husna Mustaffa, Adam Malek, Lan Siro, Zarynn Min, Mas Anizan, Rosnah Johari dan Rahim Omar. 



Watak Pelakon 

Ummi Nazeera sebagai Suri 

Hisyam Hamid sebagai Haikal 

Mimi Lana sebagai Intan

Zahiril Adzim sebagai Falah

Husna Mustaffa sebagai Erma

      

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama dihidupkan di bawah arahan Riza Baharudin dalam produksi yang dikendalikan oleh Global Station Sdn Bhd.

       

Lagu Tema (OST)

 

Tajuk: Nur Cinta

Penyanyi: Amir Masdi

Komposer: Amir Masdi, Edry Abdul Halim

Penulis lirik: Amir Masdi, Edry Abdul Halim

       

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Keseluruhan drama ini terdiri daripada 36 episod, di mana setiap episod membawa penonton selama sejam ke dalam dunia ceritanya.


Mula ditayangkan pada 21 Oktober 2024, drama ini menyediakan episod baru setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Megadrama, saluran Astro Ria.


Bagi pilihan tontonan yang lebih mudah dan fleksibel, saksikan program ini di platform dalam talian menerusi On Demand di Astro Box, Astro Go atau Sooka.

       

Jadual tayangan:-

Minggu 1 - Episod 1, 2, 3 ,4

 Minggu 2 - Episod 5, 6, 7, 8

Minggu 3 - Episod 9, 10, 11, 12

Minggu 4 - Episod 13, 14, 15, 16

Minggu 5 - Episod 17, 18, 18, 20

Minggu 6 - Episod 21, 22, 23, 24

Minggu 7 - Episod 25, 26, 27, 28

Minggu 8 - Episod 29, 30, 31 ,32

Minggu 9 - Episod 33, 34, 35, 36

       

Tajuk cerita? Andai Tiada Dia


Berapa episod? 36 episod


Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis


Bila tayang? Pukul 10 malam


Tonton di mana? Saluran Astro Ria (104) dan platform online, Astro Go serta Sooka

       

Kredit video: Astro Megadrama: Andai Tiada Dia | Trailer # 2


Tonton & join di Telegram untuk potong iklan: klik telegram di bawah

 


Post a Comment

0 Comments