Barang peribadi Che Ta bernilai hampir ratusan ribu disita dan mungkin akan dilelong

Barang peribadi Che Ta bernilai hampir ratusan ribu disita dan mungkin akan dilelong

 


KUALA LUMPUR: Beberapa barangan peribadi milik pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan bernilai hampir RM100,000 disita oleh pihak mahkamah pada serbuan dijalankan oleh Majlis Amanah Raya (MARA), pagi tadi.

 

Jumlah hutang pelakon itu dipercayai menghampiri RM1 juta.

 

Menurut peguam yang enggan namanya didedahkan, pihaknya turut menyerahkan writ kepada ibu Rozita berikutan pelakon itu tidak berada di rumahnya, pagi tadi.

 

"Hari ini kita serahkan writ, buat penilaian harga barang dan penyitaan. Ini kehadiran kali kedua ke rumah Rozita.

 

"Kami pernah hadir kali pertama bulan lalu, tetapi tidak mendapat kerjasama. Jadi, kali ini kami dapat perintah mahkamah untuk masuk.

 

"Nilai anggaran barang rumah tidak sampai RM100,000 dan kebanyakannya adalah barangan peribadi," katanya yang hadir pada serbuan pagi tadi.

 

Turut mewakili Majlis Amanah Rakyat (MARA), peguam tersebut turut memaklumkan pihaknya juga sedang menunggu arahan seterusnya daripada pihak mahkamah untuk menjalankan lelongan.

 

Menurutnya, ia dijangka akan berlaku dalam masa dua minggu lagi, justeru proses rundingan selepas ini perlu melalui mahkamah.

 

"Buat masa ini, kami tunggu arahan selanjutnya untuk proses lelongan. Kalau ada rundingan selepas ini, semuanya melalui proses mahkamah.

 

"Tarikh lelongan sudah ada, tetapi kami tunggu surat selanjutnya daripada mahkamah," katanya.

 

Sementara itu, anak sulung Rozita iaitu Ammar Effendy, 28, yang ditemui di perkarangan rumah enggan memberi sebarang komen berhubung serbuan tersebut.


 

Pagi tadi, MARA bersama peguam dan wakil mahkamah melakukan serbuan ke kediaman Rozita yang terletak di Kota Damansara selepas pelakon itu gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

 

Bagaimanapun, Rozita dan pengurusnya masih mendiamkan diri apabila dihubungi  untuk mendapatkan komen lanjut.


Kredit: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments