Bekas vokalis Kumpulan Raihan, Nordin Jaafar, 49,
menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Ulu Yam Bharu,
Batang Kali, Selangor, hari ini.
Difahamkan, arwah menghidapi kencing manis dan sakit buah
pinggang yang turut menjejaskan penglihatannya.
Pengurus Kumpulan Inteam Mohd Shahrulhikmi mengesahkan
pemergian rakannya, Allahyarham Nordin.
Jenazah disempurnakan di Masjid Al Falah Ulu Yam sebelum
dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Desa Kaloi selepas solat Zohor.
Sementara itu, penyanyi Fitri Haris turut berkongsi berita
duka itu dalam laman Instagram.
"Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Almarhum
Nordin, moga bersama solihin. Kami pasti menyusul bertemu-Nya," katanya.
Allahyarham Nordin memulakan karier seninya dengan
menganggotai kumpulan nasyid Alarm Me yang popular dengan lagu Bulan-Bulan
Islam.
Pada 2006, arwah menyertai Raihan menggantikan vokalis utama
Raihan, Nazrey Johani yang tampil dengan album solo.
Pada 2007, arwah keluar daripada Raihan dan muncul sebagai penyanyi solo dengan album Mari Berdoa.
0 Comments