Kredit foto: Instagram Astro Gempak
|
Kredit foto: Instagram Astro Malaysia
|
Sinopsis
Curang Tanpa Niat mengisahkan tentang Eshaal (Shukri Yahaya), seorang suami yang terjerat dalam hubungan gelap dengan rakan sekerjanya, Astrid (Sharifah Sakinah).
Di rumah, Elina (Mira Filzah), isterinya yang setia, menyerahkan sepenuh hati pada perkahwinan mereka. Pernah menjadi wanita berkerjaya, Elina memilih untuk melepaskan kariernya demi menjadi suri rumah, agar dapat fokus menjaga suami dan dua anak kecil mereka.
Keyakinan Elina terhadap Eshaal tidak pernah goyah. Baginya, kepercayaan adalah tiang utama dalam perkahwinan. Namun, kebaikan yang ditonjolkan suami tersayang rupa-rupanya menjadi tirai yang menyembunyikan sebuah pengkhianatan.
Segalanya bermula dengan hal yang kelihatan kecil — senyuman manis dan aroma kopi panas di pejabat. Dua elemen sederhana ini menjadi pemula kisah kecurangan Eshaal.
Astrid, seorang wanita yang terpesona dengan layanan mesra Eshaal di tempat kerja, mula melihat lelaki itu sebagai ‘suami pejabatnya’. Tanpa sedar, hubungan mereka melangkaui batas profesional, lalu mengubah rapat biasa menjadi hubungan sulit yang menghancurkan kepercayaan seorang isteri.
Kisah ini semakin mendalam apabila rahsia Eshaal dan Astrid perlahan-lahan terbongkar.
Di pejabat, rakan sekerja mula berbisik-bisik dan mengesyaki Eshaal mempunyai 'office wife'. Namun, apa yang lebih menyakitkan ialah hati seorang isteri, Elina, yang mula berasa ada sesuatu yang tidak kena. Naluri wanitanya kuat, namun dia tetap berharap segalanya hanyalah mainan perasaannya — sehinggalah kebenaran menghentam dengan kejam.
Tonton & join di Telegram untuk potong iklan: klik telegram di bawah
Saat Elina akhirnya menyuarakan kecurangan Eshaal, dunia rumah tangganya runtuh. Bukan sekadar emosinya yang tercalar, tubuhnya juga menjadi mangsa apabila Eshaal hilang kawalan, memukulnya tatkala Elina cuba mempertahankan haknya sebagai isteri.
Dilemanya kini menjadi semakin berat. Haruskah dia bertahan demi perkahwinan atau melepaskan lelaki yang pernah dia cintai sepenuh hati? Tetapi persoalannya, cukup kuatkah Elina untuk terus berjuang?
Situasi semakin rumit apabila Astrid menolak untuk mengundur diri. Wanita itu sanggup berkeras mahu terus bersama Eshaal, selagi lelaki itu tidak menceraikan Elina. Hubungan yang mulanya sekadar mainan perasaan di pejabat kini bertukar menjadi duri yang merobek setiap sudut rumah tangga mereka.
Drama ini membawa penonton menyelami makna kesetiaan, batas pergaulan di tempat kerja dan bagaimana gurauan seperti 'isteri pejabat' mampu menghancurkan kebahagiaan. Ia menggambarkan bagaimana kecurangan sering bermula bukan kerana niat, tetapi kerana adanya ruang dan peluang.
'Curang Tanpa Niat' membuka dimensi baharu dalam melihat hubungan di tempat kerja, sekaligus memberi pengajaran tentang pentingnya menjaga adab dan batas agar kepercayaan yang dibina dalam perkahwinan tidak musnah begitu sahaja.
Kredit foto: Instagram Mira Filzah
|
Episod 2
Pelakon / Cast
Drama ini mempercayakan bakat Shukri Yahaya, Mira Filzah dan Sharifah Sakinah untuk mencorakkan perjalanan penceritaan sebagai watak-watak terpenting.
Dengan tamatnya Andai Tiada Dia, 'Curang Tanpa Niat' melangkah masuk ke slot Megadrama, membawa jalan cerita yang segar dan tidak diadaptasi daripada novel.
Kredit foto: Instagram Mira Filzah |
Tonton & join di Telegram untuk potong iklan: klik telegram di bawah
Menyerikan lagi kisah ini adalah kehadiran barisan pelakon berbakat besar, seperti Fadlan Hazim, Evertts Gomes, Azqa Aziz, Zarina Anjoulie, Hasnul Rahmat, Nafiez Zaidi dan Sheila Mambo.
Turut serta, Kazar Saisi, Fauzi Nawawi, Watie Sadali, Zaidi Omar, Qaiszzer Eshan, Atira Karma dan Raisya Felisya.
Watak Pelakon
Shukri Yahaya sebagai Eshaal
Mira Filzah sebagai Elina
Sharifah Sakinah sebagai Astrid
Fadlan Hazim sebagai Ashraff
Evertts Gomes sebagai Aryan
Azqa Aziz sebagai Amara
Nafiez Zaidi sebagai Adnan
Atira Karma sebagai Naura
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Produksi ini lahir di bawah arahan Eyra Rahman, diterbitkan oleh iFame Sdn Bhd (iFabulous Art Media & Event) berpaksikan naskhah skrip yang digarap oleh Oka Aurora, penulis di sebalik karya popular seperti Ipar Adalah Maut, Layangan Putus dan Layang Layang Perkahwinan.
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Bukan Lagi Kita
Penyanyi: Nadeera Zaini
Komposer: Hael Husaini, Iqie Hugh
Penulis lirik: Hael Husaini, Iqie Hugh
Tarikh Dan Waktu Tayangan
Drama ini, yang merangkumi 34 episod, bakal menghangatkan saluran Astro Ria (104) bermula 23 Disember 2024, setiap malam Isnin hingga Khamis pada jam 10, di slot Megadrama.
Kemudahan digital dengan menstrim program ini menerusi Astro Go, Sooka atau akses on demand di Astro Box.
Jadual tayangan:-
Minggu 1 - Episod 1, 2, 3, 4
Minggu 2 - Episod 5, 6, 7, 8
Minggu 3 - Episod 9, 10, 11, 12
Minggu 4 - Episod 13, 14, 15, 16
Minggu 5 - Episod 17, 18, 19, 20
Minggu 6 - Episod 21, 22, 23, 24
Minggu 7 - Episod 25, 26, 27, 28
Minggu 8 - Episod 29, 30, 31, 32
Minggu 9 - Episod 33, 34
Tajuk cerita? Curang Tanpa Niat
Berapa episod? 34 episod
Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis
Bila dan tayang pukul berapa? Mulai 23 Disember 2024, jam 10 malam
Tonton di mana? Astro Ria (Saluran 104) dan platform streaming online, On Demand, aplikasi Astro Go dan Sooka
Kredit video: Curang Tanpa Niat (The Office Wife)
Tonton & join di Telegram untuk potong iklan: klik telegram di bawah
0 Comments