Enam artis Malaysia dulu mewah, kini bergelar asnaf

Enam artis Malaysia dulu mewah, kini bergelar asnaf


Sebenarnya jumlah artis kita yang dulu hidup dalam kesenangan dan kemewahan, tiba-tiba kini berubah jatuh susah agak ramai

 

Walaubagaimanapun jumlah tersebut tidak dapat dikesan kerana ada artis yang malu untuk mengaku hidup susah pada pihak berwajib.

 

Ini menyebabkan sukar dikesan jumlah sebenar artis-artis kita dari dulu hingga kini yang dilanda kesusahan dalam hidup di hujung-hujung karier mereka.

 

1) Datuk Yahya Sulong


 

Yahya Sulong atau lebih dikenali sebagai Pak Ya merupakan seorang pelawak yang tidak asing lagi pada kita. Mula berlakon sejak zaman Allahyarham P.Ramlee lagi hinggalah di penghujung hayat beliau.

 

Filem Da Di Du dan Si Luncai antara puluhan filem yang menaikkan nama beliau sebagai pelawak terkenal.

 


Bagaimanapun langit tidak selalu cerah. Kehidupan Pak Ya berubah sekelip mata di penghujung karier beliau.

 

Kejadian di mana Pak Ya meminta duit belanja dapur dari seorang wartawan yang menemuramahnya membongkar kisah hidup Pak Ya yang amat susah.


Menurut Pakya apalah guna gelaran Datuk yang diperolehinya jika hidup dalam kesusahan. Pakya yang menghidap asma dan jantung memerlukan RM6000 setiap bulan untuk perubatannya. Malah Pak Ya dan isteri pun menumpang di rumah anak di Sentul Kuala Lumpur.




Pak Ya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada Februari 2013 tanpa ditemani isterinya yang turut uzur ketika itu.

 


Lebih menyedihkan dia terpaksa menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak ke mana-mana tempat selain mempunyai sumber pendapatan yang terhad iaitu bergantung pada bantuan daripada pihak Baitulmal sebanyak RM400 sebulan.

 

2) Uji Rashid

 


Uji Rashid satu nama yang cukup besar pada tahun 70an, bidang nyanyian dan lakonan sama-sama melonjak naik ketika itu. Lagu popular beliau Semakin Hari Semakin Sayang dan Tangisan Semalam berkumandang di corong-corong radio ketika itu.

 

Sementara filem Permintaan Terakhir, Langit Tidak Selalu Cerah berjaya melonjakkan nama beliau di layar perak. Tetapi seperti tajuk filem beliau, Langit Tidak Selalu Cerah begitula kehidupan yang beliau alami kini di penghujung usia.

 

Masyarakat juga dikejutkan dengan berita dihalau dari rumah sewanya dan anaknya pula diracun. Beliau menceritakan semula detik hitam yang menimpa anak kesayangannya Cico.


Uji teringat sekembalinya dari majlis pengebumian rakannya,  beliau mendapati Cico yang sebelum itu menghadiri sambutan hari jadi kenalannya, terbaring di katil.

 

Berikutan peristiwa hitam itu, Uji mengaku tidak tahu bagaimana hendak berhadapan masyarakat. Disebabkan tidak mahu memberi persepsi buruk terhadap musibah menimpa anaknya itu, Uji lebih selesa mendiamkan diri.

 


"Bagaimana saya mahu jelaskan kepada orang? Cico ada nama, kalau saya cakap pun, mesti orang ramai akan sangka dia kena buatan orang.

 

"Lantas orang ingatkan dia ada musuh. Kawan yang dia jumpa pun saya tidak tahu siapa.

 

"Jadi, saya pilih untuk tidak cakap apa-apa dan biarkan. Saya juga berusaha mencari air penawar untuk Cico, namun tidak juga sembuh.

 

"Selepas tiga atau empat hari daripada kejadian itu, saya menjerit di dapur dan menangis seorang diri.

 

"Saya katakan, Ya Tuhan, kalau betul anak ini aku lahirkan, tunjukkan aku sedikit petanda. Kemudian saya teringat ada air zamzam dan saya berikan dia minum dan curahkan di kepalanya.

 

"Alhamdulillah, selepas minum air zamzam, dia boleh bangun," katanya yang membuat laporan polis terhadap kes menimpa Cico.

 

Uji kemudian diduga masalah kewangan selepas membawa Cico menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

 

Sehubungan itu, Uji berikhtiar menghubungi beberapa pihak, termasuk persatuan seni.

 

Namun, dakwanya, permintaannya tidak mendapat maklum balas baik. Akhirnya, Uji dibantu rakan bagi melangsaikan bil rawatan Cico.


Uji memberitahu, beliau turut menerima bantuan rakan industri seperti Ashraf Muslim dan Sharifah Khasif.

 

"Ashraf Muslim datang melawat Cico dan dia beri beberapa surah untuk Cico hafal. Sharifah Khasif pun tolong. Pusat tahfiz ada bantu merawat masalah Cico.

 

"Jujurnya, selama lima tahun ini, kami sudah berubat di macam-macam tempat. Kalau ikutkan, Cico masih belum 100 peratus pulih.

 

"Tetapi apabila kita bercakap dengan dia, Cico boleh dengar, faham dan boleh menjawab. Alhamdulillah," katanya.


Sejak itu kehidupan uji mula ditimpa kesusahan bertalu-talu hinggakan Uji tidak segan lagi untuk meminta rumah PPR dari DBKL.

 



Usaha Uji membuahkan hasil apabila Menteri Dato Noh Omar campur tangan untuk melayakkan Uji menerima bantuan rumah PPR tersebut.

  

Rata-rata peminat biduan hebat ini terkejut dan tidak menjangkakan bahawa kehidupan satu nama besar akan berakhir begini. Para netizen serta peminat Uji berharap pihak persatuan artis dan apa saja pertubuhan berkaitan artis agar lebih peka membantu artis-artis susah sebegini.

 

3) Shima

 


Satu nama cukup popular dulu setelah menggantikan tempat Ella yang meninggalkan kumpulannya The Boys.

 

Tidak lama kemudian Shima bergerak solo dan lagunya terus menjadi siulan Teringin, Luka Dilukai, Setelah Aku Kau Miliki merupakan antara lagu-lagu yang membawa Shima ke puncak kejayaan.

 

Bagaimanapun harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari begitulah perumpamaan yang sesuai dengan kehidupan Shima kini.

 

Zaman kegemilangan Shima seakan berakhir apabila beliau merasai saat kejatuhan. Tambah pula beliau menghidap penyakit sakit saraf, sakit belakang dan masalah pundi kencing.

 

Shima meneruskan kehidupan dengan aktif di dalam media sosialnya dengan berkongsi kehidupan seharian dan berniaga atas talian.




Pun begitu, tersimpan hasrat dihatinya untuk memiliki rumah PPR sendiri sebagai pengakhiran hidupnya.

 

Ayuh marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Di saat sunyi, mereka menghiburkan kita dan kini mereka pula kesempitan, kita pula 'menghiburkan' mereka.


Kita doakan agar Shima terus tabah dan cekal menghadapi hari-hari mendatang.

 

4) Tokki

 


Penyanyi tidak asing lagi Mohd Zaki Mansor atau lebih dikenali sebagai Tokki mengejutkan ramai pihak apabila tinggal di dalam hutan berdekatan Batu 12 Gombak.

 

Tidak putus-putus Tokki dikunjungi teman dan insan prihatin termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Shukri Yusoff.

 

Tokki yang mempunyai banyak sejarah tersendiri bagaimanapun enggan mengulas kisah-kisah lampau dan hanya mahukan kisah terkini beliau sahaja diambil.

 

"Usahlah ditanya berapa anak saya dan sebagainya. Jujurnya tiada apa yang indah mengenai kehidupan saya ini untuk dikongsi bersama orang ramai kecuali rasa terharu atas keprihatinan semua" katanya yang berteduh di pokok usang di pinggir hutan di Batu 12 Gombak sejak dua tahun lalu.

 


Keperitan yang dialami Tokki mendapat perhatian ramai apabila Tokki berjaya mendapat tempat tinggal yang lebih selesa.

 


Semoga kehidupan Tooki akan lebih bahagia dan sentiasa di bawah rahmat Allah.

 

5) Alina Hassan

 


Bekas juara Sinaran Pasport dan tempat ketiga program mentor TV3 kini berdikari sendiri walau terpaksa tinggal di bilik kecil di Setapak sebelum ini.

 

Alina Hassan menyedari bahawa bergelar juara sekalipun belum tentu dapat menjamin masa depan beliau.


Justeru itu, beliau tidak segan silu untuk menyanyi di food truck Jalan Genting Klang Kuala Lumpur.




Baru-baru ini beliau berjaya melepasi ujibakat One In Million Malaysia, namun gagal meneruskan nyanyiannya ke pusiangan seterusnya. Kita doakan Alina terus maju jaya dan cekal hadapi ujian Allah.

 


6) Man Kidal

 


Man Kidal satu nama besar dalam industri muzik tanah air. Pemain guitar Kumpulan Left-handed ini amat terkenal di negara kita.

 

Pengalaman hidup susah hingga jatuh muflis selepas dijangkiti Covid-19 tiga tahun lalu mengajar gitaris tersohor, Man Kidal, untuk lebih menghargai hubungan sesama manusia.

 

Menurut isteri Man Kidal, Puan Norlaila Yusof sejak bermulanya PKP, Man Kidal tidak mendapat sebarang job langsung.




Disebabkan tidak dapat bekerja, Norlaila memberitahu, suaminya berusaha mencari ikhtiar lain untuk meneruskan kelangsungan hidup termasuk berniaga dan melakukan projek tertentu yang boleh menampumg kehidupan.

 

Ia kemudian diuji lagi apabila diisytiharkan muflis oleh mahkamah gara-gara gagal melunaskan pembiayaan sebuah kereta jenama mewah yang dibelinya kira-kira enam tahun lalu.

 

Man Kidal sebelum itu dilaporkan menanggung kerugian RM400,000 berikutan penangguhan penganjuran konsert mega, Ultimate Experience Projek Gerakkan Ilmu Laksana Agendamu (G.I.L.A).


Man Kidal pernah mendapat bantuan zakat dan diisytihar asnaf sementara. Kemudian selepas pkp, beliau bangkit untuk bekarya semula. Beliau turut membuat jelajah konsert amal untuk membantu rakan-rakan artis yang susah.




“Dulu mewah tapi asyik terkekang dengan komitmen kerja. Sekarang saya dapat ketenangan jiwa malah lebih gembira apabila berpeluang membantu rakan-rakan yang hidup susah,” katanya.

 

Katanya, banyak perkara yang dipelajari ketika itu membuatkan dia sentiasa beringat-ingat serta bertekad mahu mengubah kehidupannya menjadi lebih baik.

 

"Allah beri satu kata kunci kepada saya iaitu kita kena jaga hubungan sesama manusia, tak kiralah orang itu kawan mahupun keluarga.

 

“Ketika susah itu yang datang hulurkan bantuan juga adalah rakan-rakan, dan peminat. Kasih sayang dalam hubungan itu saya ingat sampai sekarang.


Jadikan kisah ini pengajaran untuk artis yang baru sahaja menapak dalam industri seni. Dunia hiburan tidak seindah pada realitinya. Jika masih 'laku', bijaklah mengurus kewangan untuk masa-masa kecemasan yang tidak dijangka dalam hidup.





Post a Comment

0 Comments