Eyra Hazali kesal kecaman melampau terhadap suaminya, Haziq

Eyra Hazali kesal kecaman melampau terhadap suaminya, Haziq

 



Kesilapan dilakukan penjaga gol Harimau Malaya, Haziq Nadzli yang menjurus kepada kemenangan Thailand, mengundang kemarahan peminat di media sosial.

 

"Tahniah final Sukan Sea bola sepak 2017 buat silap, sekarang buat silap lagi," tulis Rashidisthnain.

 

"Kalau seri kita ada peluang nak layak ke separuh akhir. Sakit bila pemain bermain bersungguh-sungguh tapi sebab kesilapan individu, satu negara kena tanggung," kata Dhiaputera.

 

Disebabkan tindakan kurang matang daripada sesetengah peminat, isteri Haziq, Eyra Hazali meluahkan rasa terkilan apabila ada yang sanggup mendoakan keburukan kepada suami dan berharap orang ramai lebih menjaga kelakuan mereka ketika memberikan komen.

 

"Caci makian yang anda lemparkan, kami boleh terima. Tapi hinaan, mendoakan suami saya lumpuh dan melibatkan anak-anak kami adalah melampau.

 

"Saya berdoa semoga doa-doa itu tidak berbalik pada anda dan keluarga. Dan kami sentiasa ada untuk Haziq," kata Eyra di Instagram miliknya.


Eyra dan Haziq telah berkahwin pada 18 November 2019

 

Terdahulu, skuad Harimau Malaya memilih laluan berliku dalam saingan Piala Asean 2024 apabila tewas tipis 1-0 kepada Thailand, malam tadi.

 

Aksi yang berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok itu menyaksikan skuad Gajah Putih tidak perlu berhempas pulas untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan.

 

Hal ini kerana, mereka hanya perlu berterima kasih kepada Haziq yang 'membantu' Patrik Gustavsson menyumbat gol pada minit ke-57 selepas gagal mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya dengan selamat.


Kredit: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments