Rahim anggota kumpulan Sepahtu telah berkongsi cerita detik
beliau menceburi bidang lawak selepas dia dicabar oleh rakan sekerjanya semasa
dia masih bekerja di kilang suatu ketika dahulu.
Di kilang, Rahim sering dilantik menjadi hos untuk apa apa
sahaja program anjuran kilangnya disebabkan bakat melawak yang ada pada
dirinya.
Disebalik lawak-lawak yang dilontarkan oleh Rahim, lawak
lawaknya sebenarnya banyak menggunakan rakan rakan sekerja sebagai bahan
kandungan lawaknya.
Disebabkan itu, ada seorang rakan sekerjanya memberitahu
bahawa Rahim bukanlah seorang yang lawak dan kelakar. Rahim hanya lawak dan
kelakar di kalangan rakan sekerja sahaja.
Kenangan Rahim dan rakan sekerjanya
Jadi, rakan sekerja Rahim ini mencabar Rahim supaya mengikuti
uji bakat rancangan lawak untuk menguji dirinya sama ada Rahim benar-benar
lawak ataupun tidak.
Tercabar dengan apa yang dikatakan oleh kawannya itu, Rahim
pun memasuki ujibakat mencari peserta untuk rancangan Raja Lawak. Hasilnya,
Rahim gagal 3 kali berturut turut untuk masuk pertandingan Raja Lawak.
Maksudnya, Rahim dah masuk 3 ujibakat dan semuanya gagal.
Di sini Rahim sedar bahawa dirinya tidaklah lawak seperti
yang dia sangkakan. Malah dia juga mengatakan, apabila dia melihat semula video
dia membuat lawak ketika ujibakat di mana video tersebut dirakam adiknya, Rahim
pun tak rasa dirinya lawak.
Namun, segalanya berubah apabila adik bongsunya Ridhzuan,
mengajaknya untuk masuk sekali lagi ke dalam ujibakat mencari peserta Raja
Lawak.
Pada awalnya, Rahim menolak untuk masuk kerana dia kata dia
sudah gagal 4 kali sebelum ini. Tapi, bila adiknya berkata, "Ala bang.
Abang dah gagal 3 kali kot. Buat apa nak malu kalau gagal kali ke 4. Jomlah
masuk!"
Disebabkan kata kata adiknya itu, Rahim pun masuk ujibakat
tersebut dan kali ni dia masuk sebagai peserta berkumpulan berbanding dulu di
mana dia menjadi peserta solo.
Rahim dan Ridhzuan pada ketika itu masuk secara spontan
sahaja di mana mereka langsung tidak tahu tentang program ujibakat itu sedang
diadakan kerana Rahim dan adiknya datang ke pasaraya di mana program ujibakat
itu diadakan hanya untuk membeli belah.
Tapi, seperti telah ditakdirkan, apabila Rahim masuk ke
ujibakat kali ni bersama sama adiknya, mereka berdua berjaya layak masuk ke
peringkat akhir untuk bertanding di dalam rancangan Raja Lawak musim ke 5.
Kejayaan Rahim menembusi masuk rancangan Raja Lawak musim ke
5 menyebabkan dia menyedari bahawa, rezeki dari Allah tidak datang terlalu
cepat atau lambat tapi datang tepat pada masanya.
Manakan tidak, Rahim sudah gagal 3 kali berturut turut dan
menyangkakan rezekinya dalam industri lawak sudah tidak ada.
Tapi, disebabkan kata kata adiknya, Rahim masuk juga ke
ujibakat walaupun telah gagal 3 kali dan akhirnya, dia bergelar seorang pelawak
yang berjaya sehingga kini.
Kredit: Norizwan Azlan
0 Comments