Hampir putus asa gagal berkali-kali ujibakat Raja Lawak, akhirnya 'tuah' menyebelahi Rahim

Hampir putus asa gagal berkali-kali ujibakat Raja Lawak, akhirnya 'tuah' menyebelahi Rahim

 


Rahim anggota kumpulan Sepahtu telah berkongsi cerita detik beliau menceburi bidang lawak selepas dia dicabar oleh rakan sekerjanya semasa dia masih bekerja di kilang suatu ketika dahulu.


Di kilang, Rahim sering dilantik menjadi hos untuk apa apa sahaja program anjuran kilangnya disebabkan bakat melawak yang ada pada dirinya.


Disebalik lawak-lawak yang dilontarkan oleh Rahim, lawak lawaknya sebenarnya banyak menggunakan rakan rakan sekerja sebagai bahan kandungan lawaknya.


Disebabkan itu, ada seorang rakan sekerjanya memberitahu bahawa Rahim bukanlah seorang yang lawak dan kelakar. Rahim hanya lawak dan kelakar di kalangan rakan sekerja sahaja.


Kenangan Rahim dan rakan sekerjanya


Jadi, rakan sekerja Rahim ini mencabar Rahim supaya mengikuti uji bakat rancangan lawak untuk menguji dirinya sama ada Rahim benar-benar lawak ataupun tidak.


Tercabar dengan apa yang dikatakan oleh kawannya itu, Rahim pun memasuki ujibakat mencari peserta untuk rancangan Raja Lawak. Hasilnya, Rahim gagal 3 kali berturut turut untuk masuk pertandingan Raja Lawak. Maksudnya, Rahim dah masuk 3 ujibakat dan semuanya gagal.


Di sini Rahim sedar bahawa dirinya tidaklah lawak seperti yang dia sangkakan. Malah dia juga mengatakan, apabila dia melihat semula video dia membuat lawak ketika ujibakat di mana video tersebut dirakam adiknya, Rahim pun tak rasa dirinya lawak.


Namun, segalanya berubah apabila adik bongsunya Ridhzuan, mengajaknya untuk masuk sekali lagi ke dalam ujibakat mencari peserta Raja Lawak.


Pada awalnya, Rahim menolak untuk masuk kerana dia kata dia sudah gagal 4 kali sebelum ini. Tapi, bila adiknya berkata, "Ala bang. Abang dah gagal 3 kali kot. Buat apa nak malu kalau gagal kali ke 4. Jomlah masuk!"


Disebabkan kata kata adiknya itu, Rahim pun masuk ujibakat tersebut dan kali ni dia masuk sebagai peserta berkumpulan berbanding dulu di mana dia menjadi peserta solo.


Rahim dan Ridhzuan pada ketika itu masuk secara spontan sahaja di mana mereka langsung tidak tahu tentang program ujibakat itu sedang diadakan kerana Rahim dan adiknya datang ke pasaraya di mana program ujibakat itu diadakan hanya untuk membeli belah.


Tapi, seperti telah ditakdirkan, apabila Rahim masuk ke ujibakat kali ni bersama sama adiknya, mereka berdua berjaya layak masuk ke peringkat akhir untuk bertanding di dalam rancangan Raja Lawak musim ke 5.


Kejayaan Rahim menembusi masuk rancangan Raja Lawak musim ke 5 menyebabkan dia menyedari bahawa, rezeki dari Allah tidak datang terlalu cepat atau lambat tapi datang tepat pada masanya.



Manakan tidak, Rahim sudah gagal 3 kali berturut turut dan menyangkakan rezekinya dalam industri lawak sudah tidak ada.


Tapi, disebabkan kata kata adiknya, Rahim masuk juga ke ujibakat walaupun telah gagal 3 kali dan akhirnya, dia bergelar seorang pelawak yang berjaya sehingga kini.


Kredit: Norizwan Azlan




Post a Comment

0 Comments