Pelakon, Nora Danish, 42, mencuri tumpuan ramai apabila mula berhijrah dengan menggunakan hijab. Tetapi bukan itu sahaja, Nora juga berusaha memperbaiki diri dengan menghafal surah-surah daripada Al-Quran dan banyak meluangkan masa untuk pergi ke majlis ilmu dan zikir.
Beberapa hari lepas tular sebuah video menunjukkan kebolehannya menghafal surah Al-Mulk ketika menyahut cabaran
daripada seorang pempengaruh media sosial, Qawiy.
Menerusi video yang dimuat naik, Nora berjaya membaca surah
itu dengan lancar, sekali gus menerima pujian daripada Qawiy.
"Masya-Allah, banyak hafalan tu. Kalau tak berhenti, nak
baca lagi tu boleh habis satu surah.
"Kami seronok lihat perubahan Nora," katanya.
Mengakui masih belajar, ibu kepada dua cahaya mata itu
berkata, bacaannya masih belum sempurna dan sedaya upaya mendekatkan diri
kepada Allah.
"Tapi tajwid belum betul lagi. Apa yang saya belajar
melalui penghijrahan ini adalah sentiasa dekatkan diri dengan al-Quran kerana
ia adalah pendamping kita nanti," katanya.
VIDEO:
Dalam masa sama, Nora sempat berkongsi zikir yang menjadi
amalan sehariannya.
"Ramai orang tanya, macam mana saya berhijrah, saya
amalkan zikir Jami at Tirmidhi.
"Zikir itu mendekatkan diri kita dengan Allah, dicintai
Allah dan didekatkan juga dengan orang yang mencintai Allah.
"Saya berubah pun disebabkan ramai orang baik ada dekat
dengan saya. Berhijrah senang, istiqamah itu susah, jadi tolong doakan saya.
Semoga saya boleh hafal banyak lagi surah," katanya.
Video yang dikongsikan menuai pujian netizen yang rata-rata
kagum dengan perubahan yang dilakukan aktres itu dalam mendekatkan diri kepada
Allah SWT.
Kredit: Berita Harian
0 Comments