Seorang wanita meluahkan rasa sedih dan terkilan atas
tindakan orang ramai terhadap anaknya yang terlibat dalam kemalangan baru-baru
ini.
Anak saya telah
terlibat kemalangan di jalan Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 7 Disember baru
-baru ini.
Kemalangan tersebut berlaku dengan kereta Saga yang telah hilang
kawalan dan berpusing-pusing memasuki laluan kereta anak saya sehingga kereta
tersebut hampir jatuh ke gaung.
Anak saya mengalami kecederaan di kepala, lutut dan bahu.
Selepas kemalangan tersebut, ramai yang telah datang untuk melihat kejadian
itu, tetapi tiada siapa yang menolong. Anak saya menjerit minta tolong telefon
ambulans tetapi tidak diendahkan kerana semua masing-masig sibuk membuat video
dan “content Live” di Tiktok.
Saya agak terkilan dengan sikap segelintir rakyat Malaysia
yang tidak memberikan bantuan Ketika anak saya cedera dan darah mengalir
berterusan keluar daripada kepala.
Manakala para penarik kereta (tonto) sibuk menghulurkan kad
“business” kepada anak saya. Ini kerja gila! Sedih dengan sikap orang ramai yang
sibuk dengan media sosial dan perniagaan mereka sehingga tidak memikirkan orang yang tengah bertarung nyawa.
Diharapkan orang ramai tidak bersikap mementingkan diri
ketika melihat seseorang menghadapi musibah di depan mata. Bantuan yang cepat
dapat menyelamatkan nyawa seseorang.
Kredit: FB, Telegram
0 Comments