WASHINGTON – Perbuatan seorang pesohor media sosial di
Amerika Syarikat yang bersahaja menari ketika teman lelakinya berusia 85 tahun
terlantar di atas katil sebuah hospital mengundang kecaman orang ramai, lapor
portal berita Must Share News semalam.
Rakaman dimuat naik di laman X oleh akaun @libsoftiktok
menunjukkan wanita bernama Bronwin Aurora, 22, berjoget di dalam wad.
Bahkan, tarian pelik itu dilakukan di sebelah teman lelakinya
yang terlantar kesakitan.
“Saya telah menerima wasiat, patutkah saya cabut soket mesin
sokongan?” demikian menurut keterangan video itu.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.2 juta tontonan dan
rata-rata, netizen mengecam perbuatannya kerana tidak menjaga sensitiviti.
“Semoga kamu ditinggalkan oleh warga emas itu!” marah seorang
netizen.
“Definisi wanita miskin sebenar!” marah netizen lain.
Kredit: AGENSI
0 Comments