Ini cara kenal pasti rumah kena gangguan jin dengan menggunakan kacang hijau


Selepas seharian berada di pejabat atau ditempat kerja masing-masing, apabila tiba waktu habis kerja, tidak ada tempat yang ingin dituju selain rumah kediaman kita.


Mengapa?


Ini kerana rumah adalah tempat untuk beristirehat, melepaskan rasa letih seharian di tempat kerja. Bukan itu sahaja, rumah juga menjadi tempat untuk kita mendapat ketenangan dan kebahagiaan.


Apatahlagi jika anda sudah berkeluarga. Gelak ketawa anak-anak dan layanan dari pasangan suami atau isteri, akan dapat menghilangkan segala kerunsingan dan ketegangan yang dihadapi di tempat kerja.


Oleh kerana besarnya peranan rumah dalam kehidupan, tidak hairanlah ada istilah yang menyebutkan sebagai “Rumahku Syurgaku”.


Diantara salah satu faktor yang dapat menghilangkan ketenangan di dalam rumah ialah apabila rumah tersebut diganggu oleh jin. Bagaimana untuk mengetahui rumah tersebut diganggu oleh jin?


Kaedah mengenal pasti jin berada di dalam rumah


Menurut Ustaz Ariffin Ayob, kaedah mudah untuk mengetahui keberadaan jin di sesuatu ruangan rumah ialah dengan menggunakan kacang hijau. Kacang tersebut tidak perlu dibaca dengan ayat atau surah Al-Quran kerana jin akan takut untuk menyentuh kacang tersebut.

 

Kaedahnya dengan menaburkan kacang hijau di setiap  ruangan rumah contohnya seperti di bilik tidur, ruang tamu, dapur dan tempat-tempat lain. Jika kacang tersebut berkumpul atau berhimpun dalam masa setengah jam atau sejam, maka rumah tersebut ada gangguan jin. Jika berselerak seperti biasa, maksudnya rumah tersebut bersih daripada gangguan jin. 



VIDEO: 




Ini antara kaedah yang mudah diajarkan kepada kita, diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua. Jika terdapat gangguan jin di rumah, jemputlah ustaz dan pengamal perubatan Islam untuk "merukyah" kawasan rumah supaya dapat membersihkan rumah daripada gangguan makhluk ghaib tersebut. 


Kredit: Ustaz Ariffin Ayob 



Post a Comment

0 Comments