Ini jumlah sumbangan diberikan kepada peniga teh ais selepas dihina "bodoh" oleh penceramah terkenal

Ini jumlah sumbangan diberikan kepada peniga teh ais selepas dihina "bodoh" oleh penceramah terkenal


Lelaki yang dihina oleh Gus Miftah bernama Sunhaji. Beliau ni yatim piatu sejak kecil lagi. Dari kecil, hidupnya susah. Dia juga merupakan OKU, sebelah tangan sahaja boleh berfungsi dengan baik. Sekarang beliau menumpang di rumah mertua yang kecil dan sempit. Meski pun begitu, dia seorang yang ringan tulang, rajin dan peramah.

 

Beliau juga sering menjadi bilal di masjid dan kerap mengikuti ceramah agama sambil menjual teh ais. Masa kejadian dia dimalukan, sebenarnya Sunhaji tengah mencari duit untuk isi minyak pulang ke rumah.


Malam tersebut dia berjaya menjual 7 gelas teh ais berharga 35,000 rupiah = RM8.30 sahaja. 15000 rph digunakan untuk isi minyak, 20,000 rph (RM5.50) lagi dibawa pulang untuk belanja dua anaknya.

 

Selepas video beliau dimalukan viral, orang ramai memenuhi perkarangan rumah mertuanya untuk memberi bantuan dan sokongan. Berikut antara sumbangan yang beliau dapat:

 


1. Seorang influencer, Willie Salim memberi 100 juta rupiah (RM28k) cash! Ustaz Adi Hidayat pula memberi 50 juta rupiah. Dr Richard Lee dan Ustaz Salim Fillah berjanji akan membiayai pengajian anak-anak beliau sampai tamat.

 

2. Selain itu, ada individu dengan nama Bang Senja mengirim gift Tiktok bernilai 300 juta rupiah melalui Tiktok Rian Ariffin.

 

3. Ustaz Muhammad Fakhrurazzi pula akan membawa Sunhaji dan isteri menunaikan umrah Ramadan nanti.

 

4. Masjid Nurul Ashri akan membina sebuah rumah untuk beliau dan keluarga. Kos dijangka menelan belanja sekitar 300 juta rupiah.

 

5. Partai Gerinda menyediakan bantuan modal untuk beliau berniaga.

 

6. Bantuan dari pelbagai pihak sekitar 200 juta rupiah lagi.

 

Beliau pernah dihina oleh orang agama yang ada pengaruh besar. Dan beliau cuma tersenyum dan diam sahaja. Begitu tinggi kesabaran yang ditunjukkan. Dan akhirnya, kesabaran itu dibalas berkali-kali ganda. Jumlah sumbangan dianggarkan RM300, 00 belum termasuk umrah dan sumbangan modal perniagaan.

 

Satu perkara yang tak pernah beliau terfikir, bahkan mustahil untuk dapat rumah percuma, ditaja umrah dan mendapat durian runtuh beratus-ratus juta rupiah dalam masa 2 hari sahaja. Mustahil bagi akal kita. Namun semuanya mudah bagi Allah taala. Rezeki orang sabar sesungguhnya maha hebat. Itu baru di dunia, belum lagi di akhirat.

 

Kredit: Cikgu Fadli Salleh


Post a Comment

0 Comments