Tidak semua menganggap suami bernikah lagi sebagai sesuatu
perkara yang menyedihkan kerana ada sahaja yang sama-sama meraikan hari bahagia
insan tercinta apabila menemukan satu lagi pasangan dalam kehidupannya.
Menerusi hantaran Facebook Amirul Hakimi ZH, dia telah
berkongsi momen bergambar bersama tiga isterinya dan salah seorang baru sahaja
dinikahi atas persetujuan isteri pertama dan kedua.
Suami bernikah lagi, isteri2 siapkan majlis
Menurut kapsyen yang disertakan Amirul Hakimi, dia
memaklumkan isteri pertama dan kedua sememangnya antara yang teruja apabila
bertungkus lumus menyiapkan majlis pernikahannya dengan isteri ketiga.
“Terima kasih buat isteri² saya, isteri pertama dan isteri
kedua. Diorang banyak berusaha untuk menjayakan majlis ini. Sorang jadi wedding
planner, sorang jadi goodies packer. Baju pengantin, decoration, diorang lah
yang uruskan. Barakallahu fikum,”ujarnya.
Suami bernikah lagi, dapat keizinan dan sokongan
Dalam pada itu, dia menjelaskan sudah hampir empat tahu
berada dalam perkahwinan poligami dan akui sangat bersyukur kerana dipertemukan
dengan ‘circle’ poligami yang sangat positif sehingga boleh belajar banyak
perkara untuk memperbaiki diri serta perkahwinan.
“Alhamdulillah, Allah izin, saya mula berpoligami pada tahun
2021, menjadikan usia poligami saya akan memasuki 4 tahun.
“Walaupun usianya masih singkat, namun, alhamdulillah, saya
dipertemukan dengan” circle” poligami, yang terdiri daripada pelbagai lapisan
umur dan latar belakang.
“Ada yang umur 40, ada yang umur 50, ada yang umur 60. Dengan
adanya “circle” ini, banyak perkara saya dapat belajar dan perbaiki.
Alhamdulillah,” tulisnya.
*NOTA
Kalau nak berpoligami kena ada ilmu, tak boleh membuta tuli. Tak semua mampu mejalani kehidupan berpoligami, kerana ia bukan sekadar memenuhi nafkah, tapi tanggungjawab suami dan bebanan poligami itu kena sedia digalas dengan seadilnya.
Kredit: Ohmymedia
0 Comments