Pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Jesé Rodríguez berkongsi pengalaman pahit yang dialaminya ketika beraksi bersama kelab Perancis iaitu Paris Saint-Germain.
Jese berkongsi pengalamannya dalam satu video di saluran YouTube Mowlihawk dimana pemain itu menegaskan layanan yang diberikan oleh PSG dan Real Madrid terhadapnya jauh berbeza.
Artikel Trending:
Pemain berusia 31 tahun itu berkata presiden kelab iaitu Nasser Al-Khelaifi lebih menyukai isterinya berbanding pemain itu.
“Jika saya mahu, saya boleh kekal di Real Madrid, tetapi pilihan untuk menyertai PSG muncul. Saya tidak mendapat banyak minit ketika di Madrid, jadi saya fikir untuk beraksi bersama Paris untuk lebih banyak masa beraksi dengan Unai Emery adalah jurulatih ketika itu, dan dia yang memanggil saya.
“Saya hampir untuk menyertai skuad Piala Dunia di Brazil tetapi kecederaan menghalang saya. Mereka menambah kontrak saya dan membayar lebih banyak. Memandangkan di Madrid kami dibayar setiap enam bulan, ia sangat lumayan.
“Saya dilayan dengan sangat buruk disana, dan ia membuatkan saya faham Madrid adalah tempat terbaik di dunia. Saya memulakan kerjaya di PSG dengan melakukan assist dalam perlawanan pertama, namun diketepikan selama dua bulan kerana Apendisitis.
“Apabila musim sejuk tiba, saya diberitahu untuk meninggalkan pasukan dan memberitahu Emery saya rasa seperti ditipu. Presiden langsung tidak mahu berjumpa saya. Saya tidak tahu sama ada dia lebih menyukai isteri saya daripada saya.
“Mereka tidak beri penjelasan. Rasa seperti berurusan dengan jutawan yang melayani pemain seperti patung yang boleh dibelanjakan dalam permainan,” katanya.
Selain pernah beraksi bersama PSG dan Real Madrid, Jesé Rodríguez juga pernah menyarung jersi pasukan ternama yang lain seperti Sporting CP, Real Betis dan Stoke City.
Sebelum menyertai JDT pada jendela perpindahan kedua musim ini, Jese beraksi dalam saingan Liga Brazil bersama Coritiba.
Artikel berkaitan:
0 Comments