Sudah masuk setahun lebih tidak dapat dikesan keberadaannya, kisah pemuda
berusia 20 tahun ini pernah menjadi perhatian ramai di sosial media.
Tiada siapa menduga pendakian pelajar kejuruteraan marin
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ke Pulau Mawar, Mersing, Johor pada 1 Februari 2023 lalu adalah detik terakhir dilihat sebelum hilang tanpa sebarang pentunjuk.
Demi kasih sayang kepada anak, bapa ini tidak putus harapan.
Ishak Kamis, 58 sanggup memberikan wang ganjaran RM50,000 kepada sesiapa yang
dapat mencari dan mendapatkan Akmal.
Berikut adalah kronologi kehilangan anak muda ini yang kekal
menjadi misteri:
1-Kali terakhir Akmal dilihat bapanya pada malam Selasa (31
Januari 2023) di rumahnya di Taman Makmur, Kluang, Johor. Menurut Ishak, anak
bongsunya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.
2-Keesokan hari, bapanya mendapati Akmal tiada di rumah.
Ishak beranggapan pemuda itu mendaki Gunung Lambak, Kluang memandangkan Akmal
selalu melakukan aktiviti rekreasi itu di sana.
3-Akmal tidak pulang pada malam hari. Bapanya yang bimbang
ketika itu dan mengambil keputusan untuk membuat laporan polis. Kehilangan anak
bongsunya itu turut ditularkan di Facebook.
4-Tidak lama selepas itu ada penduduk Mersing memaklumkan
tentang motosikal yang dinaiki Akmal berada di Pulau Mawar, Mersing. Kenderaan
iti ditemui dalam keadaan baik dan tidak berkunci di kawasan berhampiran pulau
itu kira-kira 11.30 pagi, 3 Februari 2023.
5-Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan pada jam 5
petang pada hari yang sama. SAR yang dijalankan oleh anggota dari Ibu Pejabat
Polis Daerah Mersing, Balai Bomba dan Penyelamat Endau serta Angkatan
Pertahanan Awam (APM) Mersing itu melibatkan kawasan hutan dan persisiran
pantai.
6-Menurut orang awam, Akmal ada bersembang dengannya pada 1
Februari. Saksi berkenaan memberitahu pihak APM bahawa mangsa ingin masuk ke
Pulau Mawar tanpa arah tuju. Beliau kemudian beredar dengan meninggalkan sebuah
motosikal Honda Wave berwarna merah di kawasan kejadian.
7-APM berpendapat pemuda itu hilang dan sesat.
8-Pada hari kedua SAR melibatkan lima agensi iaitu polis,
bomba, APM, Majlis Daerah Mersing dan malim gunung.
9-SAR ditamatkan pada selepas lima hari dilancarkan. Ketua
Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata jika ada
maklumat operasi itu akan disambung semula.
10-Bapa dan ahli keluarganya meneruskan pencarian Akmal
walaupun SAR sudah tamat.
11-Usaha menggunakan bantuan pengamal perubatan Islam juga
digunakan untuk mengesan Muhamad Akmal yang disyaki masih berada di pulau
tersebut.
12-Muhammad Mirza Qusyari, 26, memaklumkan bukan kali pertama
adiknya mendaki bersendirian kerana Akmal pernah mendaki bukit itu secara
bersendirian sebanyak tiga kali.
13-Mirza membuat membuat hebahan di aplikasi TikTok mengenai
kehilangan adiknya dan menawarkan ganjaran sebanyak RM50,000 kepada sesiapa
yang berjaya menjumpai Akmal.
14-Biarpun sudah dua bulan Akmal hilang, mereka sekeluarga
tidak pernah putus harapan untuk mencarinya selain sentiasa mendoakan
keselamatan Akmal.
15-Ishak dan Mirza telah ke Pulau Mawar dua hari sebelum
Ramadan.
16-Bapa itu berkata beberapa sukarelawan dan seorang pengamal
perubatan Islam dari Kuala Lumpur turut membantu mencari Akmal.
17-Setakat ini, tiada petunjuk baharu mengenai kehilangan
anaknya namun beliau masih berharap Akmal dapat ditemui.
18-Ishak pernah bermimpi Akmal berada di belakangnya sebelum
dia menghilangkan diri.
19-Mirza juga pernah bermimpi tentang Akmal dan berpesan agar
abangnya itu tidak bersedih.
20-Ramadan disambut dalam keadaan suram buat mereka
sekeluarga. Ishak mendedahkan Akmal telah meminta ibunya, Saniah Bidin, 53,
menyediakan masak lemak tempoyak beberapa hari sebelum hilang.
20-Akmal yang bercita-cita menjadi seorang jurutera kapal
sepatutnya kembali ke kampus pada 13 Februari selepas cuti semester tamat.
Sama-sama kita doakan Akmal ditemui segera, aamiin.
INFO PULAU MAWAR
i-Pulau Mawar yang terletak di mukim Penyabong, daerah
Mersing.
ii- Ia merupakan salah satu pulau di negeri Johor yang diberi
nama jolokan Heaven’s Gate dalam kalangan juru gambar kerana terdapat gerbang
besar apabila memasuki pulau itu.
iii- Oleh kerana pemandangannya cantik, ia sering dijadikan
lokasi bergambar.
iv-Selain keindahan landskap, ia juga mempunyai kepelbagaian
biologi marin.
v-Pulau Mawar termasuk dalam Mersing Geopark merangkumi
seluruh daerah Mersing meliputi kawasan daratan, kepulauan dan lautan seluas
hampir 6,400 km.
vi-Pada tahun 2021, media melaporkan lima sekeluarga mendaki di Pulau Mawar kerana tidak dapat
mencari jalan keluar ekoran fenomena air pasang besar.
Sumber: Tourism Johor
0 Comments