Keluarga kepada seorang penyanyi popular Kelantan, yang
terkenal dengan lagu berunsur dikir barat, kini perlu menanggung kos guaman
yang mencecah RM1.3 juta (bersamaan 10 juta baht).
Penyanyi wanita tersebut kini ditahan reman di Penjara
Narathiwat selepas terlibat dalam kes penyeludupan 6,000 biji pil kuda.
Memetik laporan Sinar Harian, seorang ahli keluarga penyanyi
tersebut berkata, mereka mungkin terpaksa menjual tanah dan rumah bagi
menampung kos guaman yang ditawarkan oleh peguam dari Thailand.
Kami bukan keluarga senang, jumlah itu terlalu tinggi. Kalau
terpaksa, tanah dan rumah mungkin akan dijual kerana ini sahaja yang ada.
Buat masa ini, kami hanya mampu berdoa agar kes ini
dipermudahkan dan selesai dengan baik.- Katanya.
Kos guaman di Thailand cekik darah?
Difahamkan, dua peguam dari Thailand telah menawarkan khidmat
guaman kepada penyanyi berkenaan dengan kadar bayaran 10 juta baht setiap
seorang.
Namun, keluarga penyanyi ini menolak tawaran tersebut kerana
bimbang ada pihak cuba mengambil kesempatan atas situasi mereka.
Dalam masa yang sama, penyanyi wanita ini yang kini berada
dalam tahanan memaklumkan bahawa dia dan rakan-rakannya menerima layanan yang
baik dan diberi kebebasan menjalankan ibadah seperti biasa.
Ingatlah segala tindakan kita akan memberikan kesan sama ada baik atau buruk. Sentiasa berhati-hati untuk tidak melakukan perkara yang merugikan diri dan keluarga.
Kredit: Ohmedia
0 Comments