Kemaluan kanak-kanak perempuan mengeluarkan darah tanpa henti, doktor nasihat elak main air banjir

Kemaluan kanak-kanak perempuan mengeluarkan darah tanpa henti, doktor nasihat elak main air banjir


Seorang kanak-kanak perempuan berumur 1 tahun 4 bulan telah dibawa ke wad kecemasan oleh ibunya kerana mengeluarkan darah yang banyak daripada vagina (kemaluannya).  Menurut doktor yang berkongsi kisah ini menceritakan,

 

Sekadar gambar hiasan - Contoh gambar lampin berdarah

Ibu bayi telah membawa anaknya ke wad kecemasan kerana kemaluannya mengeluarkan darah yang banyak, sehingga terpaksa menukar lampin pakai buang 2 hingga 4 kali dalam sehari. Walau bagaimanapun, pemeriksaan doktor mendapati tiada kecederaan berlaku di vagina kanak-kanak tersebut.

 

Kemudian doktor melakukan scan ke bahagian pundi kencing kanak-kanak itu dan melihat ada sesuatu yang bergerak-gerak. Keadaan hospital kecoh bila doktor mengeluarkan lintah yang masuk ke dalam pundi kencing kanak-kanak perempuan tersebut.

 

Menurut ibunya, anaknya telah bermain air banjir tanpa memakai lampin atau seluar. Berkemungkinan lintah di dalam air banjir telah masuk melalui vagina dan terus ke bahagian pundi kencing.

 

Sekadar gambar hiasan - Kanak-kanak bermain air banjir

Haiwan dan parasit yang berada dalam air banjir 


Doktor tersebut menyarankan agar ibu bapa tidak mengalakkan anak-anak untuk bermain air banjir, kerana air banjir mengandungi banyak parasit dan bakteria yang akan menjejaskan kesihatan mereka.

 

Netizen di ruang komen turut berkongsi kisah dan pengalaman mereka berkaitan lintah yang pastinya memberikan rasa geli dan trauma.





Diharapkan kisah ini menjadi pegajaran kepada ibu bapa di luar sana, apatah lagi Malaysia ketika ini mengalami musim banjir.


#kisahjalanandotcom


Post a Comment

0 Comments