Kisah tular yang mendapat perhatian umum mengenai tindakan seorang wanita merosakkan kenderaan dengan sengaja sewaktu ditarik pada Oktober lalu kembali menjadi perbualan ramai.
Ia berikutan sebuah laman sesawang berkaitan lelongan
kenderaan menyenaraikan kereta jenis Honda City tersebut untuk dibida.
Kereta berwarna hitam dan hijau lumut itu didapati telah
dilelong dengan harga serendah RM2,000 sahaja.
Difahamkan, enjin atau sistem dalaman kereta terbabit masih
berfungsi dengan baik meskipun luarannya telah hancur berkecai kerana
dirosakkan.
Menurut portal itu juga, kereta pada tahun 2008 berkenaan
dilelong di salah sebuah tempat di Subang, Selangor.
Sebelum ini, tular sebuah video di laman Facebook memaparkan
seorang wanita bertindak memecahkan cermin kereta menggunakan batu bata.
Menerusi video berdurasi satu minit dan tiga saat itu,
difahamkan wanita tersebut bertindak demikian kerana tidak berpuas hati ada
pihak cuba menarik keretanya.
Wanita berkenaan merosakkan bahagian kereta itu kerana ia
merupakan hasil daripada duit pemilik selama ini membuat kemasan pada kereta
terbabit.
Kereta tersebut juga dipercayai sudah lapan bulan tidak
dibayar kepada pihak bank sewaktu ia ditarik.
Kredit: Sinar
0 Comments