Khairul Aming akhirnya rebah selepas seminggu tolong mangsa banjir

Khairul Aming akhirnya rebah selepas seminggu tolong mangsa banjir

 


Ketika bencana banjir berlaku minggu lalu, Khairul Aming dan pasukannya antara salah satu pihak yang bertungkus-lumus membantu mangsa-mangsa yang terjejas di Pantai Timur.

 

Boleh dikatakan hampir setiap hari beliau membuat Live di TikTok berkongsi perkembangan terkini.

 




Sehinggalah baru-baru ini, ketika membuat Live Khairul Aming nampak kurang bermaya sehingga mengundang rasa bimbang netizen terhadapnya.


“Tadi dalam LIVE tengok KA memang tak bermaya dan nampak kusut-masai. Kita ada komen, letihnya tengok muka KA. Rehatlah KA. KA dah buktikan pada kami banyak perkara. Kami terus percaya dengan usaha KA, inspirasi semua,” kata salah seorang netizen.

 

Menerusi kemas kini salah seorang kenalan pempengaruh itu, didapati Khairul Aming telah jatuh rebah dan dibawa ke klinik.

 

Perkara itu itu berlaku dipercayai kerana beliau tidak mendapat rehat dan tidur yang cukup sepanjang membantu mangsa banjir.

 

Dalam video pendek berkenaan, beliau terbaring di atas katil dan dirawat oleh jururawat, sambil ditemani rakan-rakan lain.

 

Pada ruangan komen, rakan-rakan dan warganet yang lain menunjukkan rasa simpati apa yang menimpa kepada pempegaruh tersebut, serta mendoakan kesembuhan buatnya.

 

Setakat ini Khairul Aming tidak mengemas kini lagi situasi terkini beliau. Sama-sama kita doakan beliau kembali pulih seperti biasa.


Kredit: Vocket



Post a Comment

0 Comments