Lelaki ini bernama Muhammad Abbas, 30 tahun berasal dari Iraq
dan menjadi pelarian di Jerman kira-kira 7 tahun lalu.
Selepas beberapa bulan berada di Hamburg, Jerman, Abbas
kemudian bertemu dengan seorang Wanita berusia 73 tahun yang Bernama Jessica.
Jessica ini seorang yang kaya raya dan telah melabur kira-kira $350 juta di
Audi (syarikat automotif terkemuka di Jerman).
Muhammad Abbas kemudian mahu mendekati wanita ini dan
kemudian berkahwin dengannya. Selepas berkahwin selama 6 tahun, Jessica
akhirnya meninggal dunia dan Abbas telah
membuat pengebumian secara besar-besaran untuk Jessica.
Seorang wartawan
bertanya kepada Abbas bagaimana dia sanggup berkahwin dengan wanita lanjut usia
seperti Jessica dengan umurnya yang masih sangat muda.
Abbas menjawab "Cinta tiada batas dan saya cintakan
Jessica dengan hati yang ikhlas".
Minggu lepas, Abbas menerima surat daripada Majlis Bandaraya Hamburg yang mengandungi wasiat isterinya Jessica. Isi surat itu tertulis.
" Hello Abbas, saya sangat gembira kerana menghabiskan sisa2 hidup saya dengan awa dan saya tidak akan lupakan awak. Saya juga ingin mahu memberitahu awak bahawa saya mendermakan kesemua harta saya kepada badan amal dan gelandangan. Saya berharap awak akan menemui kerja yang sesuai dengan awak".
0 Comments