SATU mayat ditemukan di bahagian roda sebuah pesawat selepas
ia melakukan penerbangan sejauh 6,400 kilometer (km), pada Selasa.
Syarikat penerbangan United Airlines (UA) mengesahkan
mengenai penemuan mayat dalam ruang roda di bahagian gear pendaratan pesawat
202.
"Ruang roda itu hanya boleh dilalui menerusi bahagian
luar pesawat.
"Pada masa ini, tidak dipastikan bagaimana atau bila
individu berkenaan memasuki ruang roda pesawat," menurut United.
Pesawat UA 202 tersebut melakukan penerbangan dari lapangan
terbang O'Hare di Chicago, Amerika Syarikat (AS) pada pukul 9.50 pagi Selasa
waktu tempatan, mendarat di lapangan terbang Kahului di Maui, AS pada pukul 2
petang Selasa waktu tempatan (8 pagi Rabu waktu Malaysia).
"United bekerjasama dengan pihak berkuasa mengenai
siasatan yang dijalankan," tambah United.
Bagaimanapun, identiti mangsa tidak didedahkan.
Kredit: Daily Star
0 Comments