Mona Allen dedah mesej lelaki miang, tawar RM20,000 ‘video call’ 5 minit - “Cuma tengok bukan buat sekali”

Mona Allen dedah mesej lelaki miang, tawar RM20,000 ‘video call’ 5 minit - “Cuma tengok bukan buat sekali”


PELAKON Mona Allen menjadi mangsa gangguan seksual seorang individu yang menghantar mesej lucah menerusi Direct Message (DM) Instagram miliknya.


Bertindak mendedahkan mesej diterimanya, individu tersebut memberitahu dia bukan mahu melakukan perkara tidak senonoh sebaliknya hanya ingin 'tengok' Mona menerusi panggilan video.


Malah lelaki menggunakan nama @Shxh itu sanggup membayar wang sebanyak RM4,000 sehingga RM20,000 asalkan dapat melihat Mona selama lima minit.


Mona dedah perbualan bersama lelaki yang menganggunya.

 

Sedar tindakan dibuat itu salah, lelaki itu turut meletakkan syarat agar Mona merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan sesiapa.


"Tak ada apa, nak ajak buat panggilan video sebenarnya tapi benda tak baiklah.


"Cuma tengok saja bukan buat sekali. Saya bayar sekali video RM4,000 tapi ini rahsia kita," tulis lelaki berkenaan dalam mesej tersebut.


Lebih biadab, individu itu turut menghantar beberapa video lucah kepada Mona.


Tidak berputus asa, lelaki itu juga beberapa kali memujuk Mona untuk melakukan perbuatan tidak senonoh itu dengan menawarkan harga lebih tinggi iaitu RM20,000.


Rimas dengan gangguan tersebut, Mona meminat agar lelaki tersebut berhenti menganggunya sebelum menyekat akaunnya di Instagram.


Mona merupakan isteri kepada Pekin Ibrahim.


Malah Mona atau Munna Hafiraneza Allen, 39, turut meminta pengikutnya memeriksa profil lelaki tersebut sekiranya dia adalah kenalan atau suami mereka.


"Laki siapa ini? Korang periksa tengok mana tahu kenal.


"Video ** pun ada," katanya.

 


Post a Comment

0 Comments