Murid lelaki Tahun Enam maut dipercayai akibat renjatan
elektrik di sebuah sekolah di Serdang, semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner, AA Anbalagan
berkata, laporan berkaitan kejadian diterima pihaknya kira-kira jam 6.30
petang.
"Seorang wanita tempatan berusia 36 tahun membuat
laporan polis berkaitan pihaknya menerima pesakit iaitu seorang kanak-kanak
lelaki berusia 12 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah
sekolah di kawasan Serdang sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.50
petang," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Tambah beliau, siasatan berkaitan kejadian masih dijalankan.
"Polis masih menunggu laporan bedah siasat yang
dijalankan ke atas mayat mangsa bagi mengenal pasti punca kejadian. Kes ini
diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),"katanya.
Menurutnya, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang
spekulasi serta mengeluarkan sebarang komen yang boleh mengganggu siasatan.
Kredit: Berita Harian
0 Comments