OKU tanpa tangan perkosa 13 wanita dengan teknik emosi

OKU tanpa tangan perkosa 13 wanita dengan teknik emosi

 



Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) yang dilahirkan tanpa kedua-dua tangan menggemparkan Indonesia apabila menjadi suspek kes pemerkosaan dan pelecehan seksual wanita.


Bukan seorang tetapi 13 orang wanita telah berjaya diperdaya dan diperlakukan menerusi jenayah seksual dengan lima daripada mangsa telah membuat laporan polis.


Menerusi laporan tvOnenews.com, lelaki berusia 21 tahun tersebut bernama  Wayan Agus Suartama, berasal dari Nusa Tenggara Barat (NTB).


Pada saat masyarakat berfikir bagaimana OKU tanpa kedua tangan itu mampu melakukan jenayah seksual, pihak berkuasa tempatan pula mendedahkan modus operandi Agus.


Menurut polis, Agus merupakan seorang lelaki yang bijak memanipulasi wanita atau bermulut manis.



Kebanyakan jenayah seksualnya berlaku selepas dia berjaya memujuk para mangsa percaya kepadanya sehingga membawa mereka menginap di inap desa yang telah menjadi lokasi sejak sekian lama melakukan jenayah.


Agus kemudian melakukan pemerkosaan terhadap mangsa yang telah terpedaya dengannya.


“Suspek biasanya menghampiri mangsa atau wanita yang keseorangan. Dia akan berbual sehingga membuat wanita percaya kepadanya, membawa mereka ke inap desa dan melakukan perbuatan keji di sana,” ujar wakil pihak berkuasa tempatan.


Sementara itu, mangsa mendakwa lelaki itu menggunakan ilmu pukau sebelum merogol mereka.


Kredit: tvOnenews.com, AstroGempak


Post a Comment

0 Comments