DUNGUN: Seorang lelaki cedera parah tertusuk besi di bahu
kanannya selepas terjatuh dari sebuah pelantar ketika sedang memotong besi di
kawasan Perindustrian Paka, petang semalam.
Dalam kejadian 4.45 petang, mangsa yang berusia 34 tahun
diturunkan anggota bomba selepas tergantung pada ketinggian 84 meter.
Sebelum kejadian, mangsa bersama dua rakannya dikatakan
sedang melakukan kerja-kerja memotong besi di tingkat tujuh sebuah stesen
janakuasa yang telah ditamatkan operasinya.
Ketika sedang melakukan kerja terbabit, mangsa dikatakan
tersandung sebatang besi sebelum terjatuh.
Bagaimanapun mangsa tidak jatuh ke tanah berikutan dia
memakai abah-abah keselamatan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Mohd Rizuan Ramli
berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.51 petang.
"Mangsa dapat dibawa turun dari pelantar jam 6.10 petang
dan kami segera membalut luka pada bahu mangsa bagi menghentikan pendarahan.
"Pasukan perubatan dipanggil ke tempat kejadian sebelum
mangsa dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan," katanya.
Kredit: Berita Harian
0 Comments