Pelakon yang biasa memegang watak lelaki Inggeris dalam filem
dan drama tempatan, Johan Abdullah, 75, meninggal dunia di Hospital Tuanku
Jaafar pada Sabtu.
Jangkitan kuman dalam darah
Menurut laporan Sinar Harian, isterinya iaitu Sarepah Meriam
Aboo, 51, berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 7.20 malam
akibat jangkitan kuman dalam darah.
"Sebenarnya dalam seminggu ini arwah tidak ada selera
makan melainkan hanya minum susu dan disebabkan itu badannya semakin lemah.
"Pada jam 12 tengah hari (Sabtu), dia masih boleh duduk
lagi, tapi tiba-tiba jam 3 petang itu nafasnya mula tercungap-cungap,"
katanya.
Ujarnya, Allahyarham kemudiannya telah dibawa ke hospital
selepas jirannya menghubungi ambulans.
Radang usus
Tambahnya, selepas tempoh 40 minit dirawat di zon kecemasan,
arwah diberi bantuan pernafasan dan diberitahu oleh doktor ada jangkitan kuman
dalam darah.
"Sepatutnya Rabu depan arwah ada rawatan susulan
berkenaan radang usus, tapi nampaknya tak sempat. "Arwah ini ada pelbagai
penyakit iaitu penyakit angin ahmar, parkinson, jantung, keradangan usus dan
otak mengecut," jelasnya.
Bagaimanapun, kata Sarepah Meriam, dia tidak sangka yang
suaminya itu akan pergi secepat itu.
Ujarnya, arwah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
Ainsdale pada jam 11.30 pagi ini.
Kredit: AWANI menerusi Sinar Harian
0 Comments