SEPANG – Teka teki siapa selebriti lelaki tempatan yang
ditahan polis kerana disyaki memiliki ganja di sebuah rumah di Cyberjaya petang
semalam terjawab hari ini.
Pihak polis pagi ini mengesahkan Along Cham atau nama
sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, adalah selebriti tempatan yang
ditahan itu.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten
Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, selebriti itu akan di bawa ke Mahkamah Majistret
Teluk Datok di Banting pagi ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman bagi
membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah
Berbahaya (ADB) 1952.
Malam tadi, polis mengesahkan telah menahan seorang selebriti lelaki kira-kira pukul 3.10 petang semalam kerana disyaki memiliki dedaun kering disyaki ganja seberat 60.3 gram.
Kredit: KOSMO! ONLINE
0 Comments