Didakwa menjadi punca kemalangan di Jalan Bukit Bintang,
pengarah Syamsul Yusof menjelaskan insiden terbabit bukan disebabkan
kecuaiannya yang ketika itu memandu di lokasi sama.
Kata Syamsul atau Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 40, perlanggaran
antara kereta Audi dengan kenderaan jenis serba guna (MPV) di posisi hadapan
adalah kerana pemandu berkenaan itu sendiri yang tidak fokus.
“Ini video sebenar, Audi tak fokus bukan salah saya,”
tulisnya menerusi hantaran dalam Instagram merujuk video tular itu.
Difahamkan, video berkenaan diulang siar di laman sosialnya
daripada seorang individu yang merakamkan kenderaan dipandunya di laluan sama
ketika kejadian.
Dalam rakaman itu, kereta Lamborghini yang dipandu Syamsul
dilihat bergerak perlahan di lorong susur keluar sebelum berlakunya pelanggaran
membabitkan dua kenderaan di lorong sebelahnya.
Pada masa sama, pelakon terbabit dilihat membuka tingkap dan
melihat ke arah kamera dirakam individu tersebut sebelum meneruskan perjalanan.
Cuma tidak dapat dipastikan sama ada Syamsul menyedari
kedua-dua kenderaan di lorong bersebelahan kemalangan.
Menerusi ruangan komen, netizen berseloroh dengan mendakwa
jentera mewah Syamsul menjadi punca kemalangan dek kerana terlampau menonjol.
Tidak kurang juga mengusik apabila bertanyakan identiti
penumpang yang berada di sisinya.
“Lawo (lawa) sangat kereta tu,” tulis pelakon Fattah Amin.
“Kacak sangat kereta sampai orang sebelah terhantuk,” kata
seorang pengikutnya.
Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai jentera mewah
milik Syamsul menjadi punca kemalangan di hadapan sebuah pusat beli-belah.
Kredit: Kosmo
0 Comments