Polis minta mangsa buat laporan - Pempengaruh media sosial Kim Seri didakwa scam pelanggan dengan tiket palsu

Polis meminta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan pempengaruh dan usahawan agensi pelancong yang beroperasi di Korea Selatan untuk tampil membuat laporan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana individu yang menjadi mangsa penipuan usahawan berkenaan.


"Mana-mana individu yang menjadi mangsa diminta untuk tampil membuat laporan polis dan kita akan bekerjasama dengan pihak berkuasa di Korea Selatan bagi menyiasat perkara ini.


"Laporan polis perlu dibuat bagi kita membantu mangsa selain mudah untuk polis dapatkan kerjasama sama ada melalui polis antarabangsa (Interpol) dan pihak berkuasa Korea Selatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK di Menara KPJ di sini hari ini.


Sejak semalam, tular di media sosial video luahan seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pempengaruh dan usahawan yang membuka agensi pelancongan di Korea Selatan.




Menerusi video berkenaan, wanita itu mendakwa dia bersama rombongan 'terkandas' di lapangan terbang kerana tiada tiket penerbangan pulang ke tanah air seperti dijanjikan usahawan terbabit sebelum dimaklumkan terdapat masalah teknikal untuk membuat tempahan tiket.


Di laman Threads, ada individu yang memuat naik senarai nama-nama mangsa yang dipercayai telah ditipu dengan kerugian mencecah RM400 Ribu.



Bagi menjawap isu ini, Kim Seri melalui laman media sosial Instagram miliknya menyatakan beliau sedang menguruskan proses bayaran balik kepada pelanggan yang terjejas.




Sebelumnya, beliau ada memuat naik kata-kata pujangga mengenai takdir yang diyakini adalah sesuatu yang terbaik buatnya.


Kredit: Astor Awani, Vocket





Post a Comment

0 Comments