"Saya berusaha cari wang" - Zain nafi berdiam diri pasal hutang Che Ta

"Saya berusaha cari wang" - Zain nafi berdiam diri pasal hutang Che Ta


Pelakon Zain Saidin, 40, sangkal dakwaan mengatakan dia tidak berbuat apa-apa tatkala isterinya Rozita Che Wan atau Che Ta, 51, dihambat kontroversi hutang Majlis Amanah Rakyat (MARA).

 

Zain atau nama sebenar, Mohamad Zain Mohd Saidin sebaliknya memaklumkan dia sibuk mencari wang dan kini berada di Kota Kinabalu, Sabah menjual produk minyak wanginya.

 

"Bukan duduk sahaja, meniaga minyak wangi dalam TikTok ini juga usaha saya. Kita usaha, siapa yang beli minyak wangi ni, itu rezeki saya. Saya jual benda yang baik. Bukannya kami duduk sahaja.

 

"Macam saya cakap, pihak kita pun ada juga usaha sebenarnya. Bukan relaks dan anggap tiada hal dengan semua yang berlaku. Cuma, apa yang kami usahakan itu tidak diceritakan," katanya.

 

Zain turut mengulas dakwaan isterinya memperagakan kemewahan walhal dibelenggu hutang terbabit.

 

Menurutnya, semua itu adalah rezeki dan mereka tidak mempunyai niat untuk menunjuk-nunjuk atau bersifat riak.

 

Selasa lalu, kediaman Che Ta di Petaling Jaya dilaporkan diserbu pegawai MARA gara-gara kegagalan pelakon itu melunaskan hutang tertunggak berjumlah RM1 juta.


Kredit: Berita Harian





Post a Comment

0 Comments