"Saya tak tunggang agama atau tunjuk baik" - Ruhainies

"Saya tak tunggang agama atau tunjuk baik" - Ruhainies

 


Pelakon sensasi, Ruhainies menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya seperti ingin menunggang agama kerana sering berkongsi mengenai kebaikan berselawat dengan pengikutnya.

 

Memetik Media Hiburan, Ruhainies berkata dia hanya berkongsikan perkara yang baik namun terpulang pada mereka untuk mengikutinya kerana dia tidak rugi apa-apa.

 

“Mungkin ada yang kata saya menungang agama atau nak tunjuk baik namun, pada saya, kita tak perlu nak jadi baik untuk sebarkan kebaikan.

 

“Saya hanya berkongsi apa yang saya buat sahaja. Sesiapa yang nak ikut, alhamdulillah. Yang tak nak ikut, saya okay sahaja. Saya tak rugi apa-apa langsung,” katanya.

 

Sementara itu, Ruhainies berkata banyak manfaat dan perkara positif selepas dia mengamalkan rutin selawat selama 40 hari antaranya rasa tenang serta diberikan rezeki.

 

“Terlalu banyak perkara yang berlaku tapi saya tak boleh nak berkongsi semua. Antara yang saya dapat rasakan adalah ketenangan. Ia perkara yang tak dapat dibeli walaupun kita kaya raya.

 


“Saya juga terima rezeki tanpa henti, gembira bersama keluarga, keluarga sihat, dan dipertemukan dengan orang-orang baik dan sayang kita secara tiba-tiba,” katanya.

 

Dalam pada itu, Ruhainies berkata misi selawatnya sudah pun selesai namun dia meneruskan lagi kerana rasa tidak lengkap jika tidak melakukan amalan berkenaan.

 

“Perjalanan selawat saya selama 40 hari sebenarnya sudah pun selesai. Namun, ibu saya nasihat untuk teruskan lagi dan jangan berhenti. 40 hari itu hanya untuk buat kita rasa terikat.

 

“Bila satu hari tak buat, kita rasa seperti tak lengkap. Itu yang saya rasa sekarang. Kalau tak cukup seribu selawat sehari, saya rasa seperti ada yang tidak sempurna. Daripada duduk saja-saja atau saya terfikir hal-hal negatif, lebih baik kita selawat,” katanya.

 

Kredit: Media Hiburan, Rotikaya


Post a Comment

0 Comments