‘Selamat datang ke dunia Imane Lunara’ – Intan Najuwa bersalin

‘Selamat datang ke dunia Imane Lunara’ – Intan Najuwa bersalin



Tamat sudah penantian, pelakon Datin Intan Najuwa kini bergelar ibu apabila selamat melahirkan anak sulungnya .

 

Menerusi perkongsian dalam Instagram, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, menyambut kelahiran cahaya mata perempuannya yang diberi nama Imane Lunara.

 

“Selamat datang ke dunia, bayi perempuan kami, Imane Lunara,” katanya.

 

Dalam foto sama, suami Intan iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman turut gembira ketika menyambut kehadiran orang baharu dalam hidup mereka.

 

Menjengah ke ruangan komen, beberapa rakan artis memberikan ucapan tahniah kepada pelakon drama Racun Rihanna sempena kelahirannya itu.

 

Antara artis tersebut ialah Azira Shafinaz, Afifah Nasir, Idris Khan, Alicia Amin, Rita Nadira, Mira Filzah, Fatin Afeefa dan Wany Hasrita.

 

Tidak terkecuali pengguna media sosial mengucapkan tahniah dan memuji Intan tetap kelihatan cantik meskipun baru lepas melahirkan anak.

 

“Begitulah dia tetap cantik walaupun baru lepas beranak.

 

“Alhamdulillah dan tahniah. Semoga Imane menjadi anak yang baik dan patuh agama.

 

“Tahniah dan semoga gembira menjalani proses berpantang. Bertuah betul Imane lahir saja terus mendapat segala kemewahan dan barang bayi dari Paris. Untung betul,” antara komen netizen.

 

Terdahulu, Intan mencuri perhatian khalayak apabila berkongsi barangan kelengkapan bayi daripada jenama mewah yang dibeli dari luar negara antaranya Paris, Perancis.

 

Intan dan Ahmad Asraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos pada tahun dalam sebuah majlis yang diadakan di One and Only Desaru Coast di Desaru, Johor. 

 

Kredit: KOSMO! ONLINE

Post a Comment

0 Comments