DUA lelaki dihukum penjara 100 tahun selepas mereka didapati
bersalah melakukan penderaan seksual ke atas dua kanak-kanak lelaki.
Tertuduh, William Zulock, 34, dan Zachary Zulock, 36, dari
Georgia, Amerika Syarikat merupakan pasangan gay yang mengambil dua mangsa
sebagai anak angkat mereka.
Mengikut fakta kes, Zulocks mengambil mangsa sebagai anak
angkat pada 2018 ketika mereka baru berusia lima dan tiga tahun.
- Gemar seksberkumpulan, suami isteri jadikan empat anak gadis hamba seks
- Hanya dengan bedak muka, penyanyi jadi mangsa sihir oleh rakan
Ketika dibicarakan, mereka mengaku atas pelbagai pertuduhan
termasuk liwat, pencabulan serta eksploitasi seksual kanak-kanak.
Pasangan itu turut membuat rakaman video perbuatan jijik
mereka bersama mangsa untuk disebarkan dalam rangkaian pedofilia.
Dua tertuduh menggambarkan diri mereka di media sosial
sebagai bapa yang penyayang dan mempamerkan kehidupan kaya di pinggir bandar
Atlanta.
Pasangan itu ditahan pada 2022 selepas seorang individu
ditahan polis kerana memuat turun kandungan lucah kanak-kanak yang dihasilkan
Zulocks.
Susulan itu, polis turut menemui banyak bukti di kediaman
pasangan itu, antaranya mesej lucah serta rakaman-rakaman video yang tidak
masuk akal.
Selepas pasangan itu dijatuhi hukuman, foto 'keluarga' mereka yang memakai baju pelangi turut ditularkan semula oleh warga maya.
Kredit: Agensi Berita Harian
0 Comments