Suami derita hadap isteri panas baran dan kaki pukul minta bantuan warga maya

Suami derita hadap isteri panas baran dan kaki pukul minta bantuan warga maya

 

Sekadar gambar hiasan

RAMAI beranggapan keganasan rumah tangga hanya berlaku kepada kaum hawa dan kanak-kanak.

 

Namun hakikatnya terdapat segelintir suami yang menjadi mangsa penderaan tetapi enggan membuat laporan polis disebabkan perasaan malu menyelubungi diri.

 

Melalui situasi seumpama itu, seorang lelaki meminta pandangan warga maya sama ada dia boleh membuat laporan polis atau sebaliknya kerana turut menerima ugutan bunuh daripada si isteri.

 

“Boleh ke saya buat laporan polis sebab isteri pukul dan ugut bunuh? Polis layan ke?

 

“Saya malu nak report tapi itulah, penat dah saya kena ‘bantai’ fizikal dan mental,” luahnya dalam nada sayu.

 

Dia yang enggan mendedahkan identiti turut menyembunyikan punca pergaduhan sehingga dikasari oleh isteri.


Sekadar gambar hiasan


Malah katanya, dia bukanlah insan yang gemar pada pergaduhan namun terpaksa menghadapinya kerana memiliki pasangan yang kaki pukul dan panas baran.

 

“Saya bukanlah suka bergaduh tapi tiada siapa yang faham perasaan saya melainkan Tuhan.



“Isteri saya kaki pukul dan panas baran,” adunya lagi.


Luahan perasaan yang dibuat di laman X itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.


 

 

Selain memberi kata-kata semangat, warga maya turut berkongsi cara untuknya mendapatkan keadilan dan memohon bantuan.


Memang nampak macam lemah tapi awak layak lapor polis... kalau boleh sediakan bukti perbualan atau rakaman bagi lagi kukuh. - Netizen


“Lapor polis dan pergi hospital untuk pemeriksaan. Laporan pegawai perubatan tu penting kemudian failkan penceraian, isteri derhaka tak layak diberi bayaran iddah. Kalau ada anak, lawan untuk dapatkan anak, jangan rasa malu.

 

“Saya ada kawan macam ni, daripada luaran memang nampak keras gila. Dia kata hari-hari rasa takut nak balik rumah lepas kerja, tak seronok sebab tak tahu apa isteri dia akan buat. Polis report banyak dah buat, tapi semua cover report je.

 

“Semua orang berhak untuk bebaskan diri daripada penderaan dan keganasan rumah tangga. Semoga urusan dipermudah.

 

<

“Memang nampak macam lemah tapi awak layak lapor polis... kalau boleh sediakan bukti perbualan atau rakaman bagi lagi kukuh. Saya jumpa je perempuan agresif macam ni, kena tampar sekali terus lapor polis,” demikian pandangan warga maya.


Kredit: MStar




Post a Comment

0 Comments