Teman rapat Ameera Khan, Jefri Nichol cetus kontroversi mengejutkan ramai

Teman rapat Ameera Khan, Jefri Nichol cetus kontroversi mengejutkan ramai


Jefri Nichol iaitu pelakon kacak Indonesia yang dikatakan tengah hangat bercinta dengan model Malaysia Ameera Khan, telah membuat pengakuan mengejutkan ramai.

 

Sebelum ini pengakuan Jefri Nichol mengejutkan ramai apabila mendedahkan pernah meniduri lebih 20 wanita.

 

Nampaknya, pelakon berusia 25 tahun itu sekali lagi mengejutkan ramai apabila memberitahu pernah menjamah daging khinzir.

 

Menurut Jefri, dia makan daging babi kerana dikatakan salah satu cara untuk menambah berat badan ketika persediaan perlawanan tinju dengan pelakon dan penyanyi, El Rumi sebelum ini.

 

“Saya perlu menambah berat badan sebanyak 10 kilogram supaya sama berat dengan El Rumi. Saya makan banyak daging dan ada juga daging babi,” katanya.

 

Susulan jawapan Jefri itu, pengacara terkenal Indonesia, Desta tergamam serta menganggap pelakon itu bukan seorang Muslim, namun Jefri menjelaskan dia beragama Islam.

 

“Saya Muslim,” katanya serta dinasihati supaya tidak mengulangi perkara sama lagi.

 

 Nama Ameera Khan turut terpalit dalam kontroversi ini






SUMBER: Kosmo, Rotikaya



Post a Comment

0 Comments