Satu kejadian kebakaran melibatkan 2 buah bengkel dan 2 biji
rumah di Palembang, Sumatera Selatan telah meragut 3 nyawa yang dilaporkan maut
dalam keadaan rentung.
Fikri berusia 18 tahun seorang pemilik bengkel motorsikal
pada ketika itu sedang melakukan kerja menampal tayar motor. Api berpunca dari
dalam merebak keluar dengan cepat membuatkan Fikri dan 3 lagi pekerja yang lain
segera memindahkan bahan yang mudah terbakar keluar.
Ketiga-tiga mangsa kebakaran yang maut adalah Siti Rohani
berusia 56 tahun, Mega Monica berusia 22 tahun dan Puspita Sari berusia 20
tahun. Ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Bhayangkara Moh Hasan Palembang
bagi tindakan lanjut.
Ketua Polis Ilir timur 2, Desi Ariyanti, mengatakan bahawa
setakat ini maklumat yang dikenalpasti adalah 3 disahkan maut dan 6 orang
cedera akibat terbakar. Punca kebakaran masih dalam siasatan polis.
Kredit: AstroAwani
0 Comments