TUMPAT: Air merah seperti darah melimpah di sekeliling rumah
Ahad lalu mengejutkan sepasang suami isteri dari Kampung Telaga Bata, di sini.
Mohd Azam Jusoh, 35, berkata perkara itu dimaklumkan
isterinya, Habsah Ismail, 36, yang mendapati air di sekeliling rumah yang
sebelum ini jernih tiba-tiba bertukar warna merah.
Katanya, kawasan rumahnya mula dinaiki air pada Khamis lalu
akibat hujan dan limpahan Sungai Golok.
"Saya terkejut apabila isteri menunjukkan video yang
merakamkan air bertukar warna merah di sekeliling rumah.
"Bagaimanapun pertukaran warna itu hanya sekejap iaitu
kira-kira 15 minit sebelum kembali jernih," katanya ketika dihubungi hari
ini.
Mohd Azam berkata, pada mulanya dia tidak mengetahui dari
mana datang dan punca air menjadi merah, namun tidak lama kemudian baru dapat
mengagak terdapat kilang sos cili tidak jauh dari rumahnya.
Menurutnya kilang sos cili itu sudah tidak beroperasi sejak
enam tahun lalu dan kemungkinan besar warna merah itu adalah datang dari sos
terbabit yang terkesan akibat banjir.
"Kilang sos itu terletak kira-kira 300 meter dari rumah dan mungkin warna merah itu datang dari sana," katanya.
Kredit: Berita Harian
0 Comments