Ubai kecewa dituduh pukul Shila Hamzah

Ubai kecewa dituduh pukul Shila Hamzah

 


Penyanyi Shila Amzah berkongsi suaminya, Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai MZ beremosi apabila dituduh melakukan kekerasan dalam rumah tangga.

 

Tuduhan itu muncul selepas Shila berkongsi rasa simpati kepada pelakon, Zahnita Wilson yang berdepan masalah keganasan dalam rumah tangga.

 

"Ubai kecewa bila orang tuduh dia. Ubai patah seribu dan mengadu kepada saya. Dia macam agak tertekan bila baca banyak sangat artikel palsu mengenai dakwaan sebab ia tidak berlaku," katanya.

 

Shila berkata, walaupun tindakannya dianggap tidak bersesuaian di mata segelintir netizen, namun, dia melihat dari sudut positif di mana mungkin ia mampu membuka mata mereka yang pernah menjadi mangsa.

 

"Mungkin ada netizen yang tak bersetuju dengan perkongsian saya kerana merasakan ia seperti buka aib, tapi saya rasa sudah cukup dengan perkara itu.

 

"Bukan orang lain sahaja, saya juga pernah melalui perkara itu. Jadi, bila ada kisah seperti ini, mereka yang menerima nasib sama mungkin terdetik sesuatu apabila membaca perkongsian saya.

 

"Kisah seperti ini biasanya didiamkan dan tiada tindakan diambil, jadi itulah yang membimbangkan," jelasnya.

 

Kerana pengalaman itu juga, Shila mengumpul semangat untuk menyiapkan lagu yang pernah dicipta beberapa tahun lalu, mengisahkan mengenai pengalamannya.

 

"Kerana itu, saya teringat mengenai lagu yang pernah saya tulis berkaitan perkara ini dua tahun lalu, tapi tidak berjaya dihabiskan.

 

"Ketika itu saya terlalu tertekan dan trauma sehingga membuatkan tak mampu habiskan lagu itu.

 

"Tapi disebabkan kes ini, saya rasa boleh selesaikan lagu dan Ubai sudi membantu saya. Jadi, dia tuliskan lirik sekali.

 

"Dia bantu saya berdepan dengan trauma kerana lagu ini mengisahkan mengenai kekerasan yang saya alami dengan perkahwinan terdahulu," katanya.


Kredit: Harian Metro






Post a Comment

0 Comments