"Usah rayu saya lupus hutang, anda berkemampuan dan hidup mewah" - Datuk Dr Asyaraf Wajdi

"Usah rayu saya lupus hutang, anda berkemampuan dan hidup mewah" - Datuk Dr Asyaraf Wajdi

 



Isu panas berkaitan hutang oleh pelakon terkenal Che Ta masih hangat diperkatakan. Baru-baru ini Datuk Dr Asyraf Wajdi DUsuki selaku pengerusi MARA turut memuat naik kenyataan di media sosialnya. 


Menurut Berita Harian, selepas beberapa jam rumah pelakon terkenal, Rozita Che Wan, 51, atau lebih dikenali sebagai Che Ta di Kota Damansara, Petaling Jaya, diserbu pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) pagi tadi susulan kegagalannya membayar pinjaman berjumlah RM1 juta, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilihat memuat naik status di laman Facebooknya dengan mesej berkaitan hutang.

 

Antara lain, Asyraf menulis "Hutang wajib dibayar. Usah merayu kepada saya kerana bukan hak saya untuk melupuskan hutang. Saya menjaga amanah wang rakyat di bawah MARA, bakal dipersoalkan Allah kelak!"

 

Menjawab kepada persoalan netizen pada entri berkenaan, Asyraf Wajdi berkata, pinjaman MARA membabitkan wang rakyat yang perlu dibayar kerana peminjam sudah menandatangani perjanjian.

 

Beliau berkata, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pihak terbabit yang sengaja enggan membayar pinjaman sedangkan mereka berkemampuan dan hidup mewah.

 

"Ini wang rakyat bukan wang saya. Culas bayar sedangkan akad/kontrak yang dimeterai adalah pinjaman bukan sedekah. Apatah lagi jika sengaja tidak mahu bayar sedangkan berkemampuan dan bermewahan," katanya.

 

Sementara itu, sumber berkata, Che Ta memohon pinjaman perniagaan pada 2017 berjumlah RM1 juta tetapi tidak pernah membayar pinjaman itu langsung selama tujuh tahun, menyebabkan MARA terpaksa merujuk kes itu ke mahkamah.

 

"Selepas keputusan dibuat mahkamah, MARA mengambil tindakan menyerbu rumah Che Ta pagi tadi untuk menilai barangan dalam rumah dua tingkat itu bagi tujuan penyitaan selepas selebriti itu gagal menjelaskan pinjaman.

 

"Sebelum ini, MARA sudah meminta pelakon itu membayar pinjamannya tetapi tiada maklum balas, malah dia dikatakan cuba menemui orang atasan supaya memberi pertimbangan terhadap tindakan yang diambil terhadapnya itu," katanya.

 

Difahamkan, status itu berkait rapat dengan isu pelakon terkenal berkenaan yang sebelum ini dikatakan pernah berusaha bertemu pengurusan tertinggi MARA dalam usaha menyelesaikan masalah hutang tertunggaknya itu.


Kredit: Berita Harian


Post a Comment

0 Comments