(VIDEO) Lelaki terima padah lepas jilat arca ais

 


Lidah seorang lelaki melekat pada arca ais di sebuah pusat beli-belah di Sydney, Australia selepas dia menjilatnya, lapor portal berita MSNews semalam.

 

Menurut portal berita 7 News Australia, arca ais itu adalah sebahagian daripada persediaan promosi untuk jenama minuman V Energy.


Walaupun video lelaki itu telah tersebar di internet, masih tidak diketahui tempoh masa dia terperangkap atau bagaimana dia berjaya menyelamatkan diri.


Klip video berdurasi 28 saat yang disiarkan di platform Reddit menunjukkan seorang lelaki berdiri di arca ais itu dengan lidahnya melekat padanya.

 

Dia cuba untuk berkomunikasi dengan anggota penyelamat tetapi sebahagian besar lidahnya melekat pada ais itu.

 

Seorang pengawal keselamatan wanita berdiri berhampiran untuk membantunya dan akhirnya dia diberikan sebuah bekas air oleh rakan sekerja.

 

VIDEO: 

@10newsfirst This guy really knows how to chill out! A man has been captured on video in quite the predicament, with his tongue stuck to an ice sculpture in Sydney’s Pitt Street Mall around 11am. Bystanders can be seen assisting the man, who appears to be lost for words after licking the ice sculpture from a pop-up energy drink installation. The young man is heard letting out a concerned shriek before water is poured on his tongue in an attempt to detach him from the frozen sign. #10newsfirst #pittstreetmall #sydney ♬ original sound - 10 News First Australia


Pengawal keselamatan itu mula menjirus air ke kawasan di mana ais melekat pada lidah lelaki tersebut tetapi tidak diketahui sama ada percubaan menyelamat itu berjaya. 


Kredit: AGENSI




Post a Comment

0 Comments