Umum
mengetahui, baru-baru ini penyanyi Najwa Latif berkongsi
khabar duka bahawa dirinya mengalami keguguran anak pertama.
Sementara itu, suaminya yang juga penyanyi Akwa Arifin
berkongsikan momen mereka melalui fasa kehilangan itu di Instagram serta
memaparkan isterinya berada di hospital.
Menurut Akwa,
belum ada rezeki buat dia dan Najwa untuk menimang cahaya mata namun video itu
dikongsikan untuk kenangan.
Dalam video berkenaan, Najwa kelihatan menangis ketika berada di
katil hospital serta ketika berpelukan bersama anak saudaranya.
Perkongsian
video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar
pasangan itu diberikan kekuatan menghadapi ujian serta dikurniakan rezeki
cahaya mata tidak lama lagi.
0 Comments