Baru-baru ini, anak tiri penyanyi terkenal Nora Ariffin, Alia
Rushdi, mencuri perhatian ramai apabila meluahkan perasaannya di TikTok.
Dalam hantaran tersebut, Alia berkongsi beberapa foto bahagia
ibu dan bapanya, disertai kapsyen yang mengundang emosi.
“Di alam semesta yang lain, mungkin hanya mereka berdua
sahaja.” – Anak tiri Nora Ariffin
Alia berkata, walaupun ibu bapanya sudah berkahwin selama
berpuluh-puluh tahun, mereka hanya hidup sederhana tanpa menayang kebahagian
kepada umum.
Nora Ariffin dakwa digelar sund*l oleh keluarga suami, anaktiri bersuara
‘Influencer’ joget sakan di sisi kekasih sakit
In another universe, maybe it’s just them. Maybe it’s just
mama and baba. No one else.
Alia juga meluahkan rasa gembira mengandaikan di alam semesta yang lain, mungkin hanya ada ibu dan bapanya tanpa kehadiran orang ketiga.
Netizen puji kelembutan Puan Rose
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dari netizen.
Ramai meluahkan simpati terhadap konflik yang berlaku, selain memuji ketabahan
ibu Alia, Puan Rose, yang disifatkan sebagai seorang wanita lemah lembut dan
penuh kesabaran.
Terdahulu, Alia menafikan dakwaan yang dibuat Nora kononnya
mereka sekeluarga menggelarnya sebagai “wanita sundal”.
Alia mendakwa dia memiliki bukti perbualan yang menunjukkan Nora juga pernah memaki keluarganya. Alia turut memberi bayangan untuk mendedahkan bukti tersebut jika diperlukan.
Sebagai seorang anak, mereka pasti terkesan melihat
kebahagian yang selama ini dikecapi musnah begitu sahaja. Namun, dalam
menghadapi konflik keluarga, seharusnya ia diselesaikan secara tertutup untuk
mengelakkan aib terbuka di media sosial.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dibayar kepada penerimamulai hari ini
Suami naik berang Zahnita mahu tinggal berasingan
0 Comments