"Ada yang buat report dengan pihak berkuasa sate saya jual mahal" - Mark Adam

"Ada yang buat report dengan pihak berkuasa sate saya jual mahal" - Mark Adam

 


PENYANYI Mark Adam mendedahkan ada individu membuat aduan kepada pihak berkuasa mengenai harga Sate Bhalut yang didakwa terlalu mahal sewaktu meniaga di Havoc Festival, Shah Alam.

 

Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah, 45, berkata dia terkejut apabila didatangi pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuat pemeriksaan terhadap gerai jualannya itu.

 

“Walaupun sudah jelaskan tapi masih ada yang tak puas hati dan komen negatif lagi sampaikan tadi ada pekerja saya beritahu ada pihak berkuasa datang untuk periksa harga di gerai saya.

 

“Tugas pihak berkuasa tu untuk periksa dan kira harga jualan saya dan kos barangan semuanya saya tak selindung dan tunjuk kepada pihak tersebut.

 

“Barang-barang premium seperti daging, kambing daripada New Zealand, ayam bahagian peha jadi semuanya sudah dijelaskan sebab tu saya tak risau lagi pun saya meniaga di karnival makanan jadi harga memang berbeza,” kata Mark Adam.


Dalam pada itu, Mark memberitahu ada dalam perancangan untuk menghasilkan menu baru yang lebih murah dan mampu milik bersesuai dengan kemampuan pembelinya.


Difahamkan, untuk set sate ayam ianya dijual dengan harga RM19.90, sate daging RM21.90 dan sate kambing RM24.90.

 


Menurutnya, tiga cucuk sate daging bersama air dijual dengan harga RM21.90. Bagi secucuk sate adalah 30 gram sebelum dibalut dengan kulit popiah.

 

Jom kita kira sekarang macam mana capital saya. Saya masih belajar dan saya nak awak tahu situasi saya. Sate saya guna daging premium, kita ambil dari kilang yang establish. Kilang ini hantar sate ke 5 star hotel, 3 star restoran dan dekat seorang cef selebriti yang sangat terkenal.

 

Modal yang digunakan untuk secucuk sate daging adalah RM2.50. Jadi untuk tiga cucuk daging modalnya adalah RM7.50.

 

Manakala untuk air pula, Mark Adam menggunakan bekas yang besar dan kuat. Anggaran kos untuk satu air adalah RM3 menjadikan kos setakat ini RM10.50 untuk satu set.

 

Selebriti ini turut menerangkan mengenai kos tambahan seperti logistik, balutan sate yang menggunakan kulit popia serta kuah kacang termasuk gaji pekerja yang perlu dibayar.

 

Selain itu, pihaknya juga perlu membayar sewa tapak menjadikan modal untuk satu set sate daging adalah RM19.

 

Jadi, dengan harga RM21.90 pihaknya cuma menerima untung sebanyak RM2.90. Dia tidak mengambil untung yang besar sebaliknya mahu membuat jualan yang banyak.

 

Dia bagaimanapun tidak pernah memaksa sesiapa untuk membeli dan menjelaskan ada ‘tester’ disediakan di gerai jualannya.

 

Kredit: MStar




Post a Comment

0 Comments