LAMAN Instagram bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman
Hanapi, diserbu beramai-ramai oleh peminat bola sepak dari Iran, terutama
penyokong Persepolis.
Ini selepas pemain berusia 23 tahun berkenaan dikaitkan untuk
menyertai kelab itu.
Baru-baru ini, laman bola sepak terkemuka, Transfermarkt,
mengaitkan pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia itu
untuk menyertai juara 16 kali Persian Gulf Pro League berkenaan.
Tidak lama selepas itu, laman Instagram milik pemain negara
itu mula diserbu penyokong Persepolis, yang menggesa Arif Aiman menyertai
mereka.
Menariknya, ada juga penyokong pasukan seteru yang mahu
bintang Harimau Malaya itu menyertai kelab mereka, antaranya dari Esteghlal dan
Tractor.
Sebagai rekod, Persepolis ketika ini sedang menduduki tangga ketiga Pro League dengan 29 mata daripada 15 perlawanan, tiga mata di belakang pendahulu, Tractor.
Kredit: Stadium Astro
0 Comments